Kuala Lumpur: Syarikat penyedia perkhidmatan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd menafikan dakwaan pihaknya menaja umrah Abang Tesla dan dua isterinya. Pengurusan tertinggi dalam kenyataan berkata, Abang Tesla atau nama sebenar Mohammad Khaliltizam Yusri dan keluarganya membayar sepenuhnya kos percutian dan umrah (Pakej Umrah Ziarah Istanbul Bursa) mereka sendiri.
"Merujuk kepada laporan yang tular di media sosial. Syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd sebagai penyedia perkhidmatan umrah ingin menafikan dakwaan bahawa kami telah menaja umrah Abang Tesla dan rombongannya. "Dakwaan ini adalah tidak benar. Abang Tesla dan keluarganya membayar sepenuhnya kos percutian & umrah (Pakej Umrah Ziarah Istanbul Bursa) mereka sendiri. Kami hanya menyediakan perkhidmatan pakej umrah ziarah kepada pelanggan kami yang ingin menunaikan umrah.
"Kami berharap dakwaan ini akan dapat dihentikan dan kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang telah timbul," katanya. Menerusi akaun Facebook rasmi mereka memohon semua pihak dapat menghormati serta memberi ruang kepada Abang Tesla dan kedua isterinya menjalani perjalanan umrah dan ziarah Istanbul mereka bersama dengan tenang dan penuh kasih sayang.
|
ADVERTISEMENT