JASIN – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 3 September ditemukan selamat di Sungai Udang. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, remaja itu ditemui kira-kira pukul 1.30 petang di sebuah rumah lot dalam keadaan selamat.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin telah ke alamat lot 830, Batu 11, Kampung Paya Rumput Jaya di Sungai Udang. “Orang hilang ditemukan dalam keadaan selamat dan telah dibawa semula ke IPD Jasin untuk siasatan selanjutnya,” katanya kepada Kosmo. Tambahnya, kediaman lokasi penemuan merupakan rumah ibu saudara kepada teman lelaki remaja berkenaan. “Keluarga remaja perempuan juga telah dimaklumkan dengan penemuan itu. Polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyalurkan maklumat sehingga orang hilang ditemui semula,” katanya.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang remaja perempuan 14 tahun bertindak melarikan diri bersama teman lelakinya dipercayai untuk menenangkan diri. Kehilangan remaja yang beralamat di Chin Chin di sini disedari ahli keluarga pada pukul 6 pagi. Difahamkan, remaja yang masih bersekolah itu turut membawa beg, selain meninggalkan sekeping nota memaklumkan mahu keluar rumah untuk menenangkan diri. – CARI Sumber: Kosmo
|
nolya replied at 7-9-2023 10:47 AM
Gadis ini pergi tanpa izin drp ibubapa utuk bersama2 dgn bfnya dn pergi ke rumah ibu sdra bfnya. And ...
manehnya replied at 7-9-2023 10:55 AM
Berani yea budak² skg... 14 thn dh bleh pikiar nk tingalkan rumah, x peduli apa
Kurex replied at 7-9-2023 11:59 AM
Rengsa iols dok healing healing healing. Cam sial pun ye jugak healing2. Lagi 1, perkataan 'slay' ge ...
epullipan replied at 7-9-2023 11:03 AM
masih tertanya2 apa masalah budak pompuan ni sampai nak healing bagai..aku masa form 2 dulu stress c ...
gideoncross replied at 7-9-2023 01:28 PM
Ex classmates iol msa Form 2 dlu dh stress psl llaki, iol je sorg yg stress psl plajaran & exam. S ...
ADVERTISEMENT