Seorang bapa kaya mengambil keputusan untuk membelikan tanah buat anak lelaki kesayangannya di bulan! Om Sagar, seorang ahli politik dan merupakan usahawan tersohor dalam bidang hartanah dari India dilaporkan telah menghadiahkan tanah di bulan kerana menyifatkan anaknya seperti bulan.
Sagar telah membelikan anaknya, Namaya Sagar satu ekar tanah di bulan dekat Lake of Dreams. Lake of Dreams dipercayai mempunyai pemandangan atau cahaya bulan paling menarik. “Anak lelaki saya ibarat bulan buat saya. Jadi saya ingin memberinya ‘sepotong’ tanah di bulan,” ujar Sagar seperti dilaporkan Gulfnews. Menerusi laporan sama, Sagar telah membeli tanah tersebut menerusi Luna Society International, sebuah organisasi yang berada di New York, AS yang menjual hartanah di luar angkasa. Dia bagaimanapun tidak menyatakan jumlah wang yang telah dikeluarkan untuk menghadiahkan tanah di bulan buat anaknya itu. -CARI
Sumber: Gempak
|
annabellaruz2 replied at 7-9-2023 11:12 AM
MEMBONGAK JER...
YG TULIS ARTICLE NI TAK BUAT CHECK KER?
annabellaruz2 replied at 7-9-2023 11:12 AM
MEMBONGAK JER...
YG TULIS ARTICLE NI TAK BUAT CHECK KER?
akusukaq replied at 7-9-2023 01:46 PM
Biasa lah puak Kelly ni , minum arak secawan tp mabuk mcm minum segantang....Angkasawan kelly ni t ...
CiliPadiSedap replied at 7-9-2023 02:04 PM
scammer je ni. cmtu kaka nak jual tanah lot kat matahari geran individu..
CiliPadiSedap replied at 7-9-2023 02:05 PM
orang yang jual tanah kt bulan pun xpernah sampai bulan n dia jd jutawan sbb ada orang beli tanah te ...
CiliPadiSedap replied at 6-9-2023 09:04 PM
scammer je ni. cmtu kaka nak jual tanah lot kat matahari geran individu..
ADVERTISEMENT