CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Pembebasan Najib Lebih Bernilai Berbanding Zahid' - KJ

7-9-2023 10:01 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3709| Komen: 27

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih membawa nilai lebih besar kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN) berbanding Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Menerusi episod baharu podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan, Khairy berkata pembebasan Najib sekurang-kurangnya memberi nilai tambah kepada Kerajaan Perpaduan.


"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang bebaskan Zahid, bebaskan saja Najib. Sekurang-kurangnya dia ada nilai tambah kepada BN-PH.

"Bandingkan 'Bossku' (Najib) dengan Zahid, (orang) yang akan bagi nilai tambah untuk kekang 'gelombang hijau' adalah Najib. Apa yang dia (Zahid) boleh buat? Dia tiada nilai tambah," katanya hari ini.

Kelmarin, selepas 77 hari dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Zahid dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan membabitkan Yayasan Akalbudi selepas Pejabat Peguam Negara (AGC) membuat permohonan berkenaan kepada mahkamah.


Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Khairy menyifatkan kerajaan kini melakukan 'kitchen-sink' iaitu melakukan perkara buruk dan berharap keadaan akan pulih kemudian.

"Kitchen-sink semua benda dan bebaskan Najib kerana dia akan bawa lebih nilai kepada anda. Anda sudah kuburkan kemurnian Malaysia. Berikan pengampunan," katanya.


Dalam pada itu, Khairy sempat memaklumkan kelmarin adalah ulang tahun ke-25 reformasi dan keputusan untuk membebaskan Zahid menjadikan perkara yang dilaungkan sebelum ini 'dibatu nisankan'.

"Inilah harga yang perlu dibayar untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Saya pun rasa kasihan kepada Anwar kerana Isnin (4 September) ialah ulang tahun ke-25 reformasi, tapi hari itu (reformasi) dibatu nisankan, jadi reformati.

"Banyak cabaran dilalui oleh beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan kalau kita tengok kepada pembentukan karektor, dia mesti mahu pengakhiran yang baik untuk beliau tapi dia kena usung benda ini," katanya.

Malah Khairy turut mempersendakan agenda perjuangan kerajaan untuk meningkatkan tata kelola yang baik kini namun semuanya berubah dan menjadi 'tata ke laut'.

Khairy berkata, beliau mungkin akan keluar selama-lamanya daripada arena politik.

"Ia sangat menyedihkan, saya rasa begitu sedih bahawa kita dah sampai tahap ini. Mungkin perkiraan Perdana Menteri dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi orang pun dah lupa akan ada isu baru, skandal, jadi dia fikir buat perkiraan, benda buruk lepaskan dulu," katanya.

Jelas Khairy, dalam kes Zahid bukan mahkamah yang putuskan keputusan untuk menghentikan prosiding sebaliknya ia adalah kuasa mutlak Peguam Negara.

"Dalam kes ini sama ada Peguam Negara dapat arahan atau tidak, tapi walaupun kita tak boleh membuat tuduhan tapi kita bukannya lahir semalam.

"Bila dah ada prima facie kes, bela la diri, akhir kan semuanya. Tapi kenapa bila dah ada prima facie pendakwa raya tarik balik kes berkenaan? Kalau ada memo gunalah dalam pembelaan.

"Ada surat kepada Peguam Negara tak ubah prima facie, nak tutup kes. Matlamat menghalalkan cara kononnya DNAA, boleh buat tuduh kemudian, tapi saya rasa dia tak akan dituduh semula," katanya.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 7-9-2023 10:32 AM
pada aku...dua2 haukkk
Quote msdummy.2018 7-9-2023 11:07 AM
Bebaskan najib? Eh jap2..bukan ker masa najib jd pm dia ni pun antara yg suruh najib trn kan?
Quote epullipan 7-9-2023 11:16 AM
statement KJ lebih berbau kearah personal, sebab wak jahit buang dia kan? Bossku bk bekap KJ ke
Quote AbukRokok 7-9-2023 12:10 PM
msdummy.2018 replied at 7-9-2023 11:07 AM
Bebaskan najib? Eh jap2..bukan ker masa najib jd pm dia ni pun antara yg suruh najib trn kan?

sedikit je yg kenal dan igt munafik tu
majoriti masih dgn pesona tall dark nsome katanya
Quote msdummy.2018 7-9-2023 12:21 PM
AbukRokok replied at 7-9-2023 12:10 PM
sedikit je yg kenal dan igt munafik tu
majoriti masih dgn pesona tall dark nsome katanya

Tuhlah..aku ingt aku salah ingatan td...ceh...tetiba u turn jahhh...lalang betul!!!

Aku pun tasa tertipu...hahahah..ingtkan betul2lah dia nk rombak si umno tuh...nih tiba2 nk bebas najib???hehhh...
Quote takkizawa 7-9-2023 01:22 PM
Iols x pedulik la kj ckp apa, yang penting iols berfantasi kj dgn shahril ni thresome dgn iolss. Dua dua helokk….kihkih. Bosan la pasal politik malaysia ni. Sudahnya kita rakyat melingkup.
Quote Lolalala 7-9-2023 01:28 PM
Dia sarkastik laaaa. Nak cakap zahid tu x dak guna pun. Senang² bebas dr semua tuduhan. Alang² najib pun bg keluar laa. Haa gitu maksud dia. Tp memamg ramai pun orang menyampah dengan Zahid tu kan.
Quote piro77 7-9-2023 01:42 PM
Lolalala replied at 7-9-2023 01:28 PM
Dia sarkastik laaaa. Nak cakap zahid tu x dak guna pun. Senang² bebas dr semua tuduhan. Alang² naj ...

Pandai! itulah maksud sebenar KJ. Dah alang2 buat, lebih baik bebaskan Najib lg besar faedahnya utk BN-PH. Dorg ni buta ke buat2 tak faham ke takut ke apa, ZH ni la punca terbesar org tolak umno, dia pun tak sedar2 diri nk berundur
Quote edayildiz 7-9-2023 01:43 PM
korg xfhm ke dia sarcastic je drp bebaskn wak baikkk bebas pokjib..bm korg dpt c ke simple bhs melayu pun xfhm
Quote matseh 7-9-2023 02:16 PM
JFK appointed adik dia Robert jadi AG. Dua2 kena tembak dan mati
Quote zamzam 7-9-2023 02:23 PM
msdummy.2018 replied at 7-9-2023 12:21 PM
Tuhlah..aku ingt aku salah ingatan td...ceh...tetiba u turn jahhh...lalang betul!!!

Aku pun tasa  ...

Dia sindir wak lahhh. Tu pun kau tak paham ke? Jgnlah lurus bendul sgt.
Quote Nizleen86 7-9-2023 02:54 PM
KJ being cynical je tu. Bg dia alang2 bebaskan jahit baik bebaskan bosskur skali. At least bosskur tu buruk2 dia, investors ramai jugak masuk sini. Dia terer bab2 ekonomi ni. Jahit terer bab alter muka jadi tegang je.
Quote msdummy.2018 7-9-2023 02:55 PM
zamzam replied at 7-9-2023 02:23 PM
Dia sindir wak lahhh. Tu pun kau tak paham ke? Jgnlah lurus bendul sgt.

Tak..aku baca mcm xder nada sindiran plak kat situ...ada ek...
Quote ifanonline 7-9-2023 02:56 PM
kalau najib di bebaskan, institusi politik dan kehakiman memang jadi simbol taik di mata dunia...memang tak berguna langsung negara malaysia ni...
Quote mamaazim 7-9-2023 03:12 PM
dia menyindir lah tu.
Quote rashiman 7-9-2023 03:13 PM
ifanonline replied at 7-9-2023 02:56 PM
kalau najib di bebaskan, institusi politik dan kehakiman memang jadi simbol taik di mata dunia...mem ...


Ini yg perlu disiasat segera jika mahu institusi kehakiman dipandang baik di mata dunia..

Thomas dalam memoirnya sebelum ini mengulas isu-isu seperti pelantikan hakim, dakwaan campur tangan oleh pihak eksekutif dalam badan kehakiman serta dakwaan mengenai pendakwaan terpilih.
Kerajaan pimpinan Anwar mengumumkan penubuhan RCI bagi menyiasat memoir itu pada Januari lalu selepas kabinet menyemak cadangan yang dibuat oleh pasukan petugas khas yang menyiasat buku itu.

Quote supernaturalee 7-9-2023 03:13 PM
msdummy.2018 replied at 7-9-2023 11:07 AM
Bebaskan najib? Eh jap2..bukan ker masa najib jd pm dia ni pun antara yg suruh najib trn kan?

tu lah
apooooo

mmmm politician

Quote Sesuatu… 8-9-2023 07:04 AM
Tp betul la. Dlm keadaan ekonomi tak tentu hala ni, xleh nafi najib mmg geliga otaknya. Kalah pmx + lapiji + lain2 muntori.
Quote AbukRokok 8-9-2023 07:26 AM
Lagipun najib dah xboleh bebas dah terlajak zaman Pee N
Hanya dgn memalukan maruah agong je boleh bebaskn najib

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.208588 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top