CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bila Anak Meraung, Wany Hasrita Ikut Menangis Sekali, "Sebab Tak Tahu Dia Nak Apa"

7-9-2023 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5259| Komen: 56

Wany Hasrita tak sampai hati tengok anak menangis sehingga membuatkan dirinya ikut mengalirkan air mata.

Sejak bergelar ibu pada Julai lalu, Wany mengakui adakalanya sangat tersentuh apabila melihat anak perempuannya yang diberi nama Aishah Al Iman ‘meragam’, terutama pada waktu malam.


Foto: IG

Katanya dia menangis kerana tidak tahu apa yang sebenar yang diinginkan si kecilnya itu.

“Setakat sebulan 14 hari selepas bergelar ibu, adakalanya bila anak menangis, saya pun akan ikut menangis juga sebab tidak tahu apa yang dimahukan,” katanya kepada Kosmo.



Kata pemilik nama lengkap Nurshazwany Hasrita Hasbullah itu lagi, perasaan sedih bagaimanapun hilang apabila anaknya kembali tersenyum walaupun ketika tidur.

“Tapi perasaan sedih dan penat hilang bila tengok anak kembali tersenyum walaupun semasa tidur.

“Sekarang barulah saya tahu perasaan yang dilalui setiap ibu untuk membesarkan anak,” ujarnya.



Tambahnyam, menjalani kehidupan jarak jauh dengan suami tercinta, Muhd. Al-Adib Fahmi Harun yang bertugas sebagai juruterbang berpangkalan di Kuching, Sarawak juga menuntut ketabahan.

Wany bagaimanapun bersyukur kerana dibantu ibunya untuk sama-sama menguruskan bayi yang selamat dilahirkan pada 8 Julai lalu itu.



“Saya dan suami masih menjalinkan perhubungan jarak jauh (PJJ) walaupun selepas berkahwin. Ketika bersalin, dia ada ambil cuti selama dua minggu.

“Tapi selepas itu, dia terpaksa pulang semula ke Kuching. Doakanlah saya dimurahkan rezeki, jadi kaya-raya dan tidak perlu bekerja supaya boleh ikut suami."

Kata Wany, dia beruntung kerana masih tinggal bersama ibunya yang sama-sama menguruskan bayi, memandangkan tidak mengambil pembantu rumah untuk menguruskan kerja rumah.



Bukan hendak menyusahkan orang tua, namun jelas Wany, ibunya sendiri yang dengan senang hati mahu menjaga cucu, memandangkan penyanyi itu merupakan anak tunggal dalam keluarga.

“Kami tidak ada pembantu rumah. Jadi ibulah yang banyak menolong saya. Bila anak menangis, saya tidak tahu sama ada dia lapar atau perut kembung. Jadi bila ada ibu, sedikit sebanyak membantu bila saya terlalu penat.



“Saya faham mungkin ada yang tidak bersetuju tanggungjawab menjaga cucu dilakukan nenek. Tapi orang kena tahu, saya anak tunggal dalam keluarga.

“Sudah lama ibu saya tinggalkan ‘kerjaya’ menjaga anak kecil,” katanya yang merancang untuk menambah zuriat sekitar dua tahun lagi.

Tambah Wany lagi, dia enggan mengambil pengasuh untuk menguruskan anaknya kerana ragu-ragu untuk melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.



“Saya bukan tidak percaya pada pembantu. Cuma saya ada sedikit keraguan.

“Lagi-lagi mahu mencari orang yang betul-betul pandai dan ikhlas menjaga bayi,” jelasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KikiHadid 7-9-2023 10:21 AM
Edited by KikiHadid at 7-9-2023 10:23 AM

Biasa la dik wany 1st time mom mmg sebegitu..i pun ank sulung asik meragam dlm pntg dgn kita skli ikt menangis..makin bsr dgn sndr akn hilang..just go with the flow..lahhh mcm la dik wany baca nasihat ak kt sini
Quote Burong_Hantuk 7-9-2023 10:25 AM
dah habis2 dgn drama nangis
Quote tri-max 7-9-2023 10:56 AM
drama zombie jah lop lagi
gen z ni lemah betul
nak anak, tapi tak matang..
Quote epullipan 7-9-2023 10:58 AM
benda ni pon jadi topik..cuba la pi tanya mak ko ke? makcik ko ke?jiran2 sebelah umah ko ke mintak pendapat
Quote sleepandream 7-9-2023 11:03 AM
alaaa dah wartawan tanya... dia jawab la... takkan nak jawab no komen pulek...
lainla sheols tibah buat karangan spm dalam IG... tu harus dimakikan
Quote she 7-9-2023 11:05 AM
epullipan replied at 7-9-2023 10:58 AM
benda ni pon jadi topik..cuba la pi tanya mak ko ke? makcik ko ke?jiran2 sebelah umah ko ke mintak p ...

Macik baru nak cakap benda yang sama
Bukan duduk pendalaman takde tenet line tepon nak minta tips dari ongtua

Done macik keji
Quote epullipan 7-9-2023 11:11 AM
she replied at 7-9-2023 11:05 AM
Macik baru nak cakap benda yang sama
Bukan duduk pendalaman takde tenet line tepon nak minta tips  ...

kan... batak topik sangat..mcm ko sorang je ade anak
Quote mamajawie 7-9-2023 11:38 AM
muka sheollss ngan shuben seiras la..tahniah wany barista dpat gegerl..btw mse si barista ni kawen kemain peruss sedih menonggeng kat ig boh vid & status sedu sedan bagai..
Quote gideoncross 7-9-2023 01:34 PM
Burong_Hantuk replied at 7-9-2023 10:25 AM
dah habis2 dgn drama nangis

First time mother, trharu lh knonnya.
Quote hotmak 7-9-2023 01:38 PM
kesiannya, faham sangat tu, anak menangis mak pun ikut sama menangis, sebab tu org tua dulu ckp, klu berpantang, kalau ramai family members bagus, boleh bergilir2 tgk kan baby
Quote Suchi 7-9-2023 01:41 PM
Membaca berita ni buat iols rasa sedikit lega.

Hidup jauh drpd org tua, segala susah payah membesarkan anak tu dilalui sendiri je.
Kalau dah memilih utk beranak kenalah hadap semua tu.
Quote fcl29 7-9-2023 03:31 PM
alahai yg kecam pon.. dia sekadar meluah je pon.. moment ‘tak tahu nk wat apa’ tu sekejap je pon, panik bila anak asyik nangis je.. dia duk ngn maknya.. mst la mak dia ada tolong2.. xyah suh kata call mkcik ka jiran ka
Quote Parit.Hilton 7-9-2023 03:40 PM
eee tak faham acik forum yang bitter dengan wany barista ni
first time mother memang mcm ni la. at least tak dak la wany merempan siang malam
buat content anak

elok ja chill2 hidup dia berlakikan pilot yang tak mencapap mcm ustaz burung berterbangan

iols dulu masa anak pertama pun pernah menangis handle anak meragam sebab tak tau dia nak apa.
nak suruh call family agak2 la pukul 3-4 pagi
Quote Honey_Inara 7-9-2023 04:44 PM
Sesetengah mak yang meroyan tu sebab macam ni lah. Anak nangis pastu mak tak tahu nak buat apa. Stress dengar bunyi baby nangis tak henti. Sebab tu nak jadi mak ni kena ready mental. Kena terima perubahan fasa hidup tu dgn hati terbuka. Ni iols bebel kat sesetengah ibu muda yang masih merempan tak habis² pasal susahnya nak jaga anak. Meluah sikit² takpelah. Ni macam tak ikhlas pula terima kehadiran anak tu. Sian anak.

Apapun wany ni untung mak sheols nak tolong jaga cucu. Maknye pun nampak muda lagi.
Quote HoneyManjer 7-9-2023 05:20 PM
new mother biasa la kot dek...
soknih anak ko dah berceretet....
why bother sajah kekdahnya...
hope aku dapat la merasa jadik mak....
feeling2 first time mother tu...teringin juga....huhu
Quote babycc 7-9-2023 06:04 PM
X salahkan dia.. masa anak 1st dulu asyik nangis.. i pon ikut nangis.. dah la baby tgh kuning masa tu kat wad ospital gomen.. sampai nurse tanya kenapa nangis? Terus jawab sebab x tau nak tukar pampers anak.. pdhal tau je cam ne nak tukar.. hahah.. nurse pon mcm kesian.. dia tukarkan pampers.. pas tu bila husband dtg lg nangis beriye.. die tanya kenapa.. aii jawab.. x tau knp.. mmg rasa nak nangis je.. then esoknye dpt keluar wad gomen minx transfer swasta.. anak dok kat nursery.. nurse je yg pantau kuning dia.. aiii bantai tdo..
Quote Chah21 7-9-2023 07:21 PM
Sindrom ibu baru normal.. nnti dh terbiasa.. cuma klu xde pembantu mmg boleh jd tingtong kekadang.. ank kembar i gini jgk la.. cuma x duduk dgn mak
Quote Chah21 7-9-2023 07:22 PM
HoneyManjer replied at 7-9-2023 05:20 PM
new mother biasa la kot dek...
soknih anak ko dah berceretet....
why bother sajah kekdahnya...

InsyaAllah taun depan ada ler tu..triplet terus
Quote Chah21 7-9-2023 07:25 PM
Honey_Inara replied at 7-9-2023 04:44 PM
Sesetengah mak yang meroyan tu sebab macam ni lah. Anak nangis pastu mak tak tahu nak buat apa. Stre ...

Faktor utama sbb suami la.. fasa pantang sepatutnya suami jaga.. klu siapkn mental sblum bersalin pon klu fizikal letih bersalin ,suami pulak x mnolong,,tula jadi punca utama.. klu ikotkan zaman dulu mmg suami x boleh sntuh lgsung baby n isteri yg bersalin.. maw x meroyan.. siang mlm ank nangis, suami xde.. kena pulak klu mentua atau mak yg jaga jenis u kan.. knp x siapkn mental sblum bersalin ,skrg nk komplen..contoh ler.. hihihi.. kt fb pon ramai share punca diorang meroyan tu suami.. ada cuti tp main game ada cuti tp lepak..hihi

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.049623 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top