Sebelum ini Adam Shahz memaklumkan dia berlembut hati untuk berkompromi dan menyerahkan hak penjagaan anaknya, Ivy Herra Sophia kepada bekas isterinya, Fatin Afeefa. Dia juga tidak mahu kes penjagaan ini berlarutan kerana tidak mahu memberi kesan kepada anaknya.
Susulan kenyataan itu, Fatin Afeefa memuat naik sekeping swafoto dan membalas kenyataan bekas suaminya itu menerusi hantaran di Instagram Storiesnya. Kata Fatin, dia juga berlembut hati untuk memberi kelonggaran kepada Adam berkaitan hak penjagaan anak mereka. “Hahaha saya pun lembut hati jugak bagi kelonggaran ,” tulisnya ringkas.
Sebelum ini, Adam memfailkan tuntutan hak penjagaan anak terhadap Fatin Afeefa selepas mendakwa bekas isterinya itu tidak menghalang dia berjumpa anak.
|
ADVERTISEMENT