CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8,000 Mykad Hilang Setiap Tahun

6-9-2023 08:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3919| Komen: 5

Kuala Nerus: Kira-kira 8,000 kad pengenalan (MyKad) dilaporkan hilang di seluruh negara setiap tahun, sejak lima tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Zamri Misman berkata, jumlah itu membabitkan kira-kira empat peratus daripada 200,000 kad pengenalan yang dikeluarkan setiap tahun.


Gambar hiasan

Beliau berkata, pihaknya bimbang dengan isu berkenaan kerana berkemungkinan, individu tidak bertanggungjawab yang menemukannya akan menyalahgunakan MyKad berkenaan.

"Kita dapati sekiranya sebanyak 200,000 MyKad yang dikeluarkan setiap tahun, empat peratus iaitu 8,000 dilaporkan hilang.

"Kadang-kadang mereka (pemilik) pergi bercuti ke mana-mana sehingga tertinggal dan berlaku kehilangan.

"Mereka perlu ingat, individu yang hilang MyKad kali ketiga akan didenda RM1,000," katanya yang ditemui pada Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di Kampung Telaga Daing, di sini, hari ini.


Zamri berkata, pihaknya meminta orang ramai yang berlaku kehilangan MyKad segera melaporkan kepada polis dan membuat kad pengenalan baharu di JPN.

Beliau berkata, pihaknya juga mendapati kes daftar lewat MyKad berjumlah 4,000 kes disebabkan pelbagai faktor.

"Antaranya membabitkan golongan orang kurang upaya (OKU) dan ada yang tidak tahu kena buat kad pengenalan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 6-9-2023 08:49 PM
Quote orangbiasaje 6-9-2023 09:43 PM
Kalau diorang tak mampu bayar macam mana, jadi PATI?
Quote antikorok 6-9-2023 09:49 PM
Priskiesss tersenyum sinisss sambil kebangga berteriak bahawa puak-puaknya berjaya menjadi warga tanah ayer ini dan merebut segala hak keistimewaan penduduk asal sini
Quote antikorok 6-9-2023 09:53 PM
Apek PRC purak-purak bisu rope ropenyer tak pandai ckp BM terkantoi dapat IC lepas 10 bulan tinggal di Malaysia tersengih sinissssss

lelaki dipercayai warga China kantoi dapat IC lepas 10 bulan tinggal di Malaysia
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5183711&highlight=Kantoi&mobile=2

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.119636 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top