CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saman Wiwi Darvinda, Puteri Sarah Bincang Dengan Syamsul Yusof Dulu

6-9-2023 08:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13040| Komen: 102

Pelakon Puteri Sarah nekad meneruskan tindakan saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Puteri Sarah atau Puteri Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata sebelum membuat keputusan itu, dia telah berbincang terlebih dahulu dengan bekas suaminya iaitu, Syamsul Yusof.



Jelasnya tindakan undang-undang itu terpaksa diambil kerana melibatkan dirinya, keluarga dan Syamsul.

"Saya dapat tahu info tentang wanita berkenaan masih lagi bercakap tentang saya di media sosial pada hari saya baru habis tempoh edah.

"Apabila dapat semua bukti itu, saya terus hubungi Syamsul. Saya tanya dia apa nak buat? Kita dah tak ada masalah, tetapi orang lain pula ada masalah dengan kita.

"Kalau saya tak buat sesuatu, perkara ini akan berpanjangan dan akan menjejaskan imej saya, jadi Syamsul kata pada saya... awak buatlah apa yang awak nak buat, saya okay sahaja," katanya. 



Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memaklumkan dia mendapatkan pandangan bekas bapa dan ibu mentuanya berkaitan perkara tersebut. Malah, kedua-duanya memberikan keizinan untuk dia meneruskan tindakan berkenaan.

Sementara itu, Puteri Sarah berkata dia nekad dengan pendiriannya dan sama sekali tidak akan menarik saman berkenaan. Pelakon drama Hijrah Jannah ini berharap perkara seumpama itu tidak akan berulang lagi.

"Kali ini saya memang buat betul-betul (saman) dan tak akan tarik semula.

"Dulu saya tarik saman kerana saya dan Syamsul mencapai kata persetujuan supaya kami masing-masing boleh hidup dengan tenang dan jalani kehidupan masing-masing," ujarnya.

Ditanya adakah wanita berkenaan ada menghubunginya untuk menjernihkan semula keadaan, Puteri Sarah berkata dia menyerahkan perkara itu kepada peguam.

"Saya tak balas pun mesej dia. Biarlah pihak peguam yang uruskan. Jika kami terus bercakap secara peribadi, takut timbul hal lain pula," katanya.


Pada Sabtu lalu, 8, Puteri Sarah menerusi Instagram memuat naik penyata tuntutan kerana memfitnah termasuk injuksi terhadap Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Penyata tuntutan itu dibuat menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir pada 30 Ogos lalu.

Isi kandungan penyata tuntutan itu memaklumkan Wiwi pada 24 Ogos lalu membuat kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 6-9-2023 08:50 PM
Dgn jawapan ps ni melompat2 lah ik merentan x ckp tanah dgr persetujuan sol begiteww hahahahhahaha patut lah birah kemain exposed kat medsoc skrng yerr.. perampas mmg tak akan tenang selamanya. Tahniah ps 1 - birah 0 selamanya.
Quote Farnor 6-9-2023 09:00 PM
Dzahin_poch replied at 6-9-2023 08:50 PM
Dgn jawapan ps ni melompat2 lah ik merentan x ckp tanah dgr persetujuan sol begiteww hahahahhahaha p ...

Hahha rasa meradang dan tak puas hati.haha.
Quote Dzahin_poch 6-9-2023 09:04 PM
Farnor replied at 6-9-2023 09:00 PM
Hahha rasa meradang dan tak puas hati.haha.

Confirmed lah kn.. hahahahah cara bak rebel dgn sol tu la dok buat benda bodoh kat medsoc acah2 relax wahaahhahaha… tu yg makin kurus kering tu hahaha
Quote noor2 6-9-2023 09:05 PM
Samsul pun malas nk melayan...nk buat, buat jela...duk tanya org lain pulak..patut sendiri tegas buat keputusan ikut hati sendiri..ni masih was2 tanya bekas suami
Quote cmf_shya 6-9-2023 09:17 PM
Bagus sarah..teruskan tanya syamsul..teruskan rajin2 contact syamsul..biar sentiasa membayangi kehidupan IK..mcmana IK buat sejak 4 tahun lepas..
Quote miss_strangers 6-9-2023 09:22 PM
Sol pon ralit letak gambar anak2 je kat ig stori. Patutla bighah acah nangis tersakiti...
Quote cm_vungtau 6-9-2023 09:52 PM
Tu la. Rasanya macam Sol malas nak layan. Ko buat la apa ko nak buat, sebab bukan aku kena tanggung dah. Agittew
Quote I.K.A888990 6-9-2023 11:56 PM
tak sabar nk tgk drama ps x wiwi pulak
over nak mampus wiwi ni
Quote Manusiabesa 7-9-2023 12:49 AM
KAHKAHKAH. Mmg la dri satu sudut ayat sol tu mcm dh mls nk lyn ps.. sol nk fokus buat keja je bukan style dia la nk lyn2 saman2 nie. Sol dh mls tu nk follow kisah ps lg. Tp dari 1 sudut ,ada mnfaat bila ps expose jwpn sol ni.... biar ik bca..  ik tau la yg sol izin saman dteruskan. Kahkah. Aku yakin lps sambal sotong, ik akn masak benda len lg utk cuba pancing laki dia lagi. Maybe kari ikan pasni? Mklom la, diri sndiri ada value apa je? Ooo dri ayat ps tu mcm ada wiwi wasap dia tp dia xnak bls la kan?
Quote Chah21 7-9-2023 12:57 AM
Dzahin_poch: Dgn jawapan ps ni melompat2 la ...

Arghhh sudah ada pulak meroyan kang
Quote Farnor 7-9-2023 03:50 AM
Dzahin_poch replied at 6-9-2023 09:04 PM
Confirmed lah kn.. hahahahah cara bak rebel dgn sol tu la dok buat benda bodoh kat medsoc acah2 re ...

Gitchue la sis..hahaha patut dah kawin org kaya upgrade sikit diri tu..pergi belajo kemahiran ke atau buat la apo2 yg ada faedah sikit yg bg manfaat..tpi dia ni pula jnis pemalas asyk nak provoke jer.
Quote stingergrumpy 7-9-2023 06:14 AM
noor2 replied at 6-9-2023 09:05 PM
Samsul pun malas nk melayan...nk buat, buat jela...duk tanya org lain pulak..patut sendiri tegas bua ...

Aku dah cakap sekoq ini gilo talak....uols tak caya.....
Quote stingergrumpy 7-9-2023 06:18 AM
Farnor replied at 7-9-2023 03:50 AM
Gitchue la sis..hahaha patut dah kawin org kaya upgrade sikit diri tu..pergi belajo kemahiran ke a ...

Term kerajaan pun 5 tahun sebelum the next pru...

Yg kelam kabut gelogoh pekejadah?

Ko nikah hari ini besok keluar anak keww?

Bodoh ko iteww simpan sikit utk keturunan ko yg mendatang boleh keww?

Kahkahkahkah

Quote tay22 7-9-2023 07:06 AM
Edited by tay22 at 7-9-2023 07:08 AM
Manusiabesa replied at 7-9-2023 12:49 AM
KAHKAHKAH. Mmg la dri satu sudut ayat sol tu mcm dh mls nk lyn ps.. sol nk fokus buat keja je bukan  ...


Another side, IK tahu lah Sol ni agak senantiasa in communication dgn PS.

Nanti PS boleh screenshot convo juga, rename nama Shamsul as Ma EX-Soul (as reference, IK ni pernah share screenshot convo lovey dovey dia dgn Sol kat PS sebelum cerai, nama Sol ni IK gi letak as Ma Soul. Nak provoke PS that time)
Quote miss_strangers 7-9-2023 07:08 AM
Sengaja khuenn PS mention bincang dgn sol dulu utk tunjuk kat bini bighah sol yg dorg kerap berhubung khuenn??? Bighah bukan maksum yach xde perasaaan jeless
Quote Farnor 7-9-2023 07:13 AM
stingergrumpy replied at 7-9-2023 06:18 AM
Term kerajaan pun 5 tahun sebelum the next pru...

Yg kelam kabut gelogoh pekejadah?

Hohohohohohohohohoho..doa doa kan saja.
Mana tau betul hohohohoho
Quote stingergrumpy 7-9-2023 07:22 AM
miss_strangers replied at 7-9-2023 07:08 AM
Sengaja khuenn PS mention bincang dgn sol dulu utk tunjuk kat bini bighah sol yg dorg kerap berhubun ...


Jiwa memang tak tenang si PS ini, cakap org dia pun 2x5 samdol attention seeker..well i guess the only way she feel will make herself  sustain that relevancy dimata masyarakat

Kheunz?
Quote stingergrumpy 7-9-2023 07:23 AM
Farnor replied at 7-9-2023 07:13 AM
Hohohohohohohohohoho..doa doa kan saja.
Mana tau betul hohohohoho

Doa sundrik ler hidup kalo tak mengemis tak boleh keww?
Quote Farnor 7-9-2023 07:27 AM
perlu doa dr uu ler mana tau makbul hohohohohoho..eh eh parah ni

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.057638 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top