CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu Gambar Tangan Lelaki, Puteri Sarah Jawab, "Takkan Saya Nak Kejar Orang Punya"

6-9-2023 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9454| Komen: 52

Puteri Sarah Liyana tampil memberi penjelasan tentang perkongsian foto memaparkan tangan seorang lelaki yang dimuat naik di Instastory, baru-baru ni.

Kata Sarah, individu berkenaan merupakan rakan perniagaannya yang juga aktor dari Indonesia bernama Andi Arsyil Rahman.


Foto: IG

Jelasnya pertemuannya dengan pemuda berkenaan hanya atas urusan perniagaan semata-mata.

"Saya pergi Jakarta sebab ada penggambaran tapi sekarang ada masalah sikit dan ditundakan. Dalam masa yang sama saya pun buat perniagaan.


"Dia merupakan pelakon Indonesia tetapi sekarang dia beri fokus terhadap perniagaannya. Kebetulan kami minat dalam bidang yang sama iaitu perniagaan antaranya produk penjagaan wajah dan tudung.

"Saya rancang buka perniagaan di Malaysia, dan lebarkan sayap di Singapura dan Brunei... jadi dia adalah rakan perniagaan saya," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Puteri Sarah memberitahu pertemuan mereka itu turut ditemani oleh pengurus dan anak-anak.

Malah, bekas isteri pengarah Syamsul Yusof ini turut memaklumkan aktor itu masih bujang dan belum berkahwin.


"Takkan saya nak kejar orang punya.

"Kami selesa berkawan sebagai rakan sekerja. Kita sama-sama buat bisnes. Sama-sama sokong," ujarnya.


Pada Isnin lalu, nama Puteri Sarah kembali hangat di media sosial selepas memuat naik gambar tangan seorang lelaki di akaun Instagram miliknya.

Gambar tersebut telah mengundang perbincangan hangat apabila ramai membuat andaian itu merupakan kekasih baharu Puteri Sarah. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantthinkofany 7-9-2023 08:08 AM
words of advice from the wise...seek respect...not attention as respect lasts longer....
Quote primarikey 7-9-2023 08:44 AM
gambar baju ijau tu muka ps nmpk pelik
Memula tgk ingatkn zizi cikebung
Quote likilu 7-9-2023 08:53 AM
Kenapa suka pose mulut terbukak n tunjuk bontot

Tahulah dah putih
Quote prince_marhaen 7-9-2023 09:43 AM
likilu replied at 7-9-2023 08:53 AM
Kenapa suka pose mulut terbukak n tunjuk bontot

Tahulah dah putih

..hampir lupa iols dulu sheols warna lain...ehehehehe..


Quote Burong_Hantuk 7-9-2023 10:24 AM
betina attention seeker
Quote khaira01 7-9-2023 11:17 AM
Yg ni pakaian kemas, cutting rambut pn elok.
Sedap mata memandang.
Katanya keturunan bgsawan jugak ya disana.
Educated. Elokla tu.
Semoga berjodohan kalian.
Quote OsHiN_hOnEy 7-9-2023 11:20 AM
cantthinkofany replied at 7-9-2023 08:08 AM
words of advice from the wise...seek respect...not attention as respect lasts longer....

hear hear!
Quote justchu 7-9-2023 11:21 AM
kalau jodoh apa salahnya
dia tak kacau hidup org
Quote gideoncross 7-9-2023 01:42 PM
prince_marhaen replied at 7-9-2023 09:43 AM
..hampir lupa iols dulu sheols warna lain...ehehehehe..

Trasa mata iol mcm kecut bila tngok gmbr ni, extremely reddish.
Quote gideoncross 7-9-2023 01:43 PM
Edited by gideoncross at 15-9-2023 01:09 PM

Tokoh wanita teraniaya d Melesia pada abad ini
Quote Farnor 7-9-2023 02:17 PM
Sepadan dan sekufu tu sarah.
Quote zehra2 7-9-2023 02:28 PM
dia dah abis edah kan. biar la.. bukan dia nyondol pun...
suka tgk sarah happy
Quote noor2 7-9-2023 02:32 PM
Oh..tgh mengejar lelaki rupanya..
Quote nini_azmi 7-9-2023 02:41 PM
Hebat netizen teka..tgk tgn pun tau.
Iols tgk post tu tak pikir apa2 pun

Dah biarla dia nk post pun kan...
Quote cantthinkofany 8-9-2023 03:34 PM

........
Quote Farnor 8-9-2023 03:45 PM
khaira01 replied at 7-9-2023 11:17 AM
Yg ni pakaian kemas, cutting rambut pn elok.
Sedap mata memandang.
Katanya keturunan bgsawan jugak y ...

C andi tu keturunan bangsawan ke?
Quote khaira01 8-9-2023 07:17 PM
Farnor replied at 8-9-2023 03:45 PM
C andi tu keturunan bangsawan ke?

Bangsawan Bugis. Sesuai la dgn Ps, keturunan Megat.
Quote Farnor 8-9-2023 07:18 PM
khaira01 replied at 8-9-2023 07:17 PM
Bangsawan Bugis. Sesuai la dgn Ps, keturunan Megat.

Ok2 faham sdh..hehe ya sesuai n sekufu la.
Quote alesandra 8-9-2023 07:25 PM
prince_marhaen replied at 7-9-2023 09:43 AM
..hampir lupa iols dulu sheols warna lain...ehehehehe..

Sekali pandang ingatkan cheryl samad.cheryl kan gelap

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.063277 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top