CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Khadijah Ibrahim Tak Setuju Bariatrik Boleh Bawa Maut "Orang Meninggal Sebab Memang Dah Ajal"

6-9-2023 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8479| Komen: 74

Bukannya kerana kaedah bariatrik, Datuk Khadijah Ibrahim, 60, menyifatkan setiap pembedahan dilakukan untuk mengubati sesuatu penyakit pasti ada risiko kematian.

"Bagi saya, berkaitan orang meninggal dunia ini, masanya (ajal) sudah sampai. Saya tak pernah fikir ia berkaitan risiko tertentu sebab yang pasti, 'your time is up' (masa anda sudah tamat).


"Kalau dah sampai masa itu, awak duduk pun boleh meninggal dunia. Cuma, situasi dialami si mati itu hanyalah penyebab yang sudah ditetapkan Allah kepada kematiannya," katanya kepada Harian Metro.

Foto: Gempak

Khatijah hadir pada majlis perkongsian mengenai pembedahan bariatrik oleh Pakar Bedah Perunding dan Pakar Usus dan Bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher yang berlangsung di sebuah restoran di Ampang.

Ditanya mengenai pembedahan bariatrik dilakukannya, Khadijah berkata, beliau tidak pernah berselindung pernah menjalaninya pada 2020 lalu akibat faktor kesihatan diri yang semakin memburuk ketika itu.


"Sebelum melakukan pembedahan ini (bariatrik) tiga tahun lalu, saya menanggung kesakitan yang teramat sangat selama lima tahun selepas menjalani pembedahan membuang batu di hempedu pada 2015.

"Bermacam jenis ubat saya makan untuk cuba memulihkan kesakitan dialami, namun ia semakin teruk. Jadi, saya buat keputusan untuk berjumpa dengan Dr Mustafa bagi pemeriksaan lanjut di usus.

"Selepas mendapatkan penerangan lanjut berhubung masalah kesihatan sebenar dialami, saya terus bersetuju untuk melakukan pembedahan bariatrik demi kesihatan diri sendiri. Saya yakin dengan penerangan daripada doktor itu," katanya.

Mengulas mengenai cakap cakap orang terhadap risiko pembedahan bariatrik, Khadijah berkata beliau suka membuat keputusan sendiri berbanding lebih mendengar kata-kata orang saja.

Jelasnya, mereka tidak duduk di tempat kita.

"Rezeki yang paling bermakna dalam kehidupan adalah kesihatan. Apabila sudah sakit, ada duit banyak pun tidak membawa makna apa-apa. Jadi, apabila ada peluang untuk mengubatinya (penyakit), jangan buang masa.

"Positifkan fikiran sebab penyakit itu kita yang hadap sendiri. Lagi pula, doktor tidak akan sembarang suruh kita buat pembedahan bariatrik itu sekiranya tidak perlu. Apapun, saya bersyukur keadaan kesihatan sudah sangat baik sekarang," katanya.

Khadijah yang juga juri program Gegar Vaganza berkata, kini beliau tidak lagi mengalami kesukaran pemakanan, berjalan, bersolat dan sebagainya.

Katanya, rutin hariannya sudah kembali aktif dan beliau juga tiada pantang makanan berikutan tugasnya yang perlu memasak hidangan untuk jualan di restorannya setiap hari. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 6-9-2023 05:40 PM
Gitewwwwwww. Masalah batu di hempedu pun dah kena bariatrik ya.
Quote doubleharmonic 6-9-2023 05:57 PM
apa babi alasan ko ni? dah tu mangsa buli mangsa dera yang kena teruk sampai mati pon sebab dah memang ajal lah gitu hah babi? so pembuli pendera tu tak salah la sebab dah memang ajal mangsa tu mati kena buli kena dera gitu hah babi?
Quote sharlenetexas 6-9-2023 05:58 PM
Jangan cari bala nek. Takde penyakit cari penyakit.

Quote asfaz 6-9-2023 06:11 PM
Madah berhelah pun ada buat ke? Aritu kena tag dgn doktor usus ni
Quote sleepandream 6-9-2023 06:24 PM
bariatrik ni buang usus ke buang perut chuols?
Quote CiliPadiSedap 6-9-2023 08:20 PM
sleepandream: bariatrik ni buang usus ke buang perut chuols?


kalau buang perut  pinggul dengan leher nak cantum cmne sis? jadi balan2

Quote sleepandream 6-9-2023 09:43 PM
CiliPadiSedap replied at 6-9-2023 08:20 PM
kalau buang perut  pinggul dengan leher nak cantum cmne sis? jadi balan2

kalau ikut gambar ni buang perut sis

Quote tikusmontok 6-9-2023 09:44 PM
CiliPadiSedap replied at 6-9-2023 08:20 PM
kalau buang perut  pinggul dengan leher nak cantum cmne sis? jadi balan2

Adoiiiii keras perut iols gelak
Quote noor2 6-9-2023 10:31 PM
A.Aida tu rupanya buat bariatric....
Quote hzln 6-9-2023 11:01 PM
Gituhhhh
Segala penyakit yg melanda para retis negara boleh diubati dgn kaedah potong saja perut mereka
Jika selamat dan berkesan - maksudnya solusi potong perut ini mmg paling tepat lah
Jika innalillah arwah dulu baik orangnya - itu sebab ajalnya sudah sampai, tiada kaitan dgn potong perut
Quote zuriey 6-9-2023 11:09 PM
asfaz replied at 6-9-2023 06:11 PM
Madah berhelah pun ada buat ke? Aritu kena tag dgn doktor usus ni

Ye dia mengaku buat sbb dah tua katanya susah nak turun berat..
Yg sampai sknrg tak nak mengaku si bonda hutan asyik kata puasa nabi daud sbb tu kurus
Quote asfaz 6-9-2023 11:49 PM
hzln replied at 6-9-2023 11:01 PM
Gituhhhh
Segala penyakit yg melanda para retis negara boleh diubati dgn kaedah potong saja perut mer ...

IMG_20230906_234929.jpg
Semua boleh potong
Quote CikYaYaYa 7-9-2023 12:05 AM
Dulu iols ada laa tanya doktor goverment.. dia cakap bariatik nie pilihann palinggggg lasttg sekali. Tu pon untuk orang yang betoi2 memerlukan. Btw bariatrik nie ad ka kat hospital gov? Ke swasta jah?

Xnak off topik apa kena mengena batu dalam hempedu dengan bariatik...
Quote SpyLeman 7-9-2023 02:05 AM
Iols tggu acik seripah puk puk komen apa
Quote Shahman86 7-9-2023 05:35 AM
zuriey replied at 6-9-2023 11:09 PM
Ye dia mengaku buat sbb dah tua katanya susah nak turun berat..
Yg sampai sknrg tak nak mengaku si ...

Jgn lupa makcik seripah raziah puk puk pon buat juga
Quote stingergrumpy 7-9-2023 06:13 AM
hzln replied at 6-9-2023 11:01 PM
Gituhhhh
Segala penyakit yg melanda para retis negara boleh diubati dgn kaedah potong saja perut mer ...

If the benefits outweigh the risks....then agama iteww mencadangkhrun to go along with the procedure...

Contoh....Vaksin.....

Ah gitewww
Quote red_velvet 7-9-2023 07:34 AM
[tiktok]7275519948796022017[/tiktok]


Tunggu lepas ni adakah giliran penyanyi bernombor pulak ..mana tahan tengok kawan2 lain semua dah melidi kan . .
Quote azimodin 7-9-2023 07:58 AM
Pernah tengok 600lbs life tak? Bahaya tau, especially untuk orang2 yg ada underlying conditions. Memang la ajal dah tertulis tapi ada jangan sampai cari maut. Why not try cara yg less invasive macam telan belon tu?
Quote me12345 7-9-2023 08:27 AM
Jumpa ziana f2f baru ni..kurus melayang nolak troly beli barang..mmg xde perasan ..cam tua sgt dh..kering muka....kalau x sbb dia terpandang2 senyum ..mungkin org x perasan langsung..

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.064502 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top