CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bacaan Puisi Dipuji, Mizz Nina Dah Kenal Essam Sejak Tahun 2015

6-9-2023 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5746| Komen: 17

Mizz Nina akhirnya mendedahkan perkenalan dengan suaminya, Essam Muhammad bermula di sebuah festival pada 2015.

Katanya penyanyi rap merangkap aktivis kemanusiaan kelahiran Amerika Syarikat itu lebih dahulu memulakan perbualan dengan memuji puisi dibacakannya pada acara tersebut.


Namaun mereka hanya berkomunikasi secara ringkas.

Foto: EH

“Kali pertama kami bertemu adalah di sebuah festival pada 2015. Saya ingat lagi dia datang kepada saya selepas saya baca puisi atas pentas.

“Dia kata ‘Assalamualaikum, saya Essam dari Seattle. Saya suka apa yang awak sebutkan atas pentas tadi,’ dan saya balas dengan ucapan terima kasih.

“Kami cuma bercakap ringkas, itu sahaja,” katanya ketika berucap pada majlis resepsi mereka yang diadakan di Ampang.


Mengenakan busana serba putih yang menyerlahkan seri pengantin, pasangan sama padan sama cantik itu meraih pujian ramai selepas video persandingan mereka tular.

Essam yang berkongsi kegembiraan diraikan ramai insan terdekat pula menyatakan persahabatan sepanjang tempoh berkenaan adalah berlandaskan rasa hormat antara satu sama lain.


“Detik terindah adalah lapan tahun kemudian iaitu tahun 2023 sebaik kami mendirikan rumahtangga, Alhamdulillah,” katanya.

Malah Essam juga membuat kejutan apabila merakamkan penghargaan buat suri hatinya menerusi satu video khas dengan menyifatkan Mizz Nina wanita sempurna buat dirinya.

Pada acara istimewa yang mendapat sentuhan Reka Teemor bagi penataan dewan, lelaki berdarah Maghribi itu turut menghadiahkan sebuah lagu rap buat isteri tercinta dan tetamu.


Paling mencuri tumpuan tentu saja gelagat ayah Mizz Nina, Tan Sri Azman Hashim yang tampak terhibur sepanjang persembahan apabila rancak bertepuk tangan.

Terdahulu, pada 15 Jun lalu Mizz Nina, 43, berkongsi kegembiraan dengan mendedahkan status terbaharunya sebagai isteri kepada Essam.

Majlis pernikahan anak kepada tokoh perbankan terkemuka itu difahamkan diadakan secara tertutup yang dipercayai berlangsung di luar negara.

Selepas tiga bulan, mereka diraikan pula dalam majlis resepsi yang turut menghimpunkan saudara-mara serta rakan pengantin dari Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Indonesia. 




Ini adalah perkahwinan keduanya yang pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis Hujan, Noh Salleh pada 2 Julai 201, namun jodoh mereka tidak panjang apabila memilih berpisah 4 Ogos tahun lalu.

Mizz Nina dan Noh mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Musa.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 6-9-2023 05:28 PM
Fishyyy. Perlu ke mention 2015..
Masa masih sah isteri noh
Quote selipar_hijau 6-9-2023 05:34 PM
Mcm pitbull muka si essam
Quote Nizleen86 6-9-2023 06:29 PM
Maybe spark dah lama takde dlm marriage noh & mizz nina. Asalkan dia tak curang dlm marriage je dah la. Selebihnya iols bagi acik2 porem mengupas kelapa.
Quote edayildiz 6-9-2023 06:30 PM
muka lebih kurang dorg ni
Quote KucingBiru 6-9-2023 06:41 PM
Biasa la kalau kenal dah lama. Bukan berskandal waktu tengah jadi bini orang.

MN pun nampak sehabis baik nak pertahan rumahtangga dengan Noh dulu. Sampai kes video dan kes ludah keluar baru dia decide untuk give up. Dia pun tak meroyan gitu gini tak bermulut jahat cari cheap publicity.

Biarlah dia nak bahagia. Muka pun sama dengan laki baru. Alhamdulillah.  
Quote Ayda89 6-9-2023 07:29 PM
Awet muda MN tak nampak macam 43
Quote mamajawie 7-9-2023 12:36 PM
Ayda89 replied at 6-9-2023 07:29 PM
Awet muda MN tak nampak macam 43

tah2 sheollss setiap jam tepek lamer & estee lauder konfem la muda chuollsss..

Quote gideoncross 7-9-2023 01:55 PM
bottompro replied at 6-9-2023 05:28 PM
Fishyyy. Perlu ke mention 2015..
Masa masih sah isteri noh

Kan? Aiol pun trfikirkan bnda yg sma.
Quote HoneyManjer 7-9-2023 02:07 PM
takyah la dedah ko da lama kenal...
walau aku rasa ko takde la wat pape pun sepanjanng ko kenal mamat ni
tapi nurtizen ni ade ade jer bende nak mengata....
some things just need to be simpan no need cerita pada umum
Quote bulalof 7-9-2023 02:34 PM
move on......
Quote Burong_Hantuk 7-9-2023 02:51 PM
Quote KamikuP 7-9-2023 03:54 PM
Muka sama senyum pun sama. Moga berkekalan hingga ke Jannah. AAmin
Quote DeLuna85 7-9-2023 04:02 PM
Ayda89 replied at 6-9-2023 07:29 PM
Awet muda MN tak nampak macam 43

Bijak memanfaatkan wang yang ada
Quote babyLON. 7-9-2023 07:41 PM
HoneyManjer replied at 7-9-2023 02:07 PM
takyah la dedah ko da lama kenal...
walau aku rasa ko takde la wat pape pun sepanjanng ko kenal mama ...

betul. setujuhhh
Quote Ayda89 7-9-2023 07:46 PM
mamajawie replied at 7-9-2023 12:36 PM
tah2 sheollss setiap jam tepek lamer & estee lauder konfem la muda chuollsss..

Yelah kaya khenn
Quote Ayda89 7-9-2023 07:55 PM
DeLuna85 replied at 7-9-2023 04:02 PM
Bijak memanfaatkan wang yang ada

True enuf..
Quote cempakaa 7-9-2023 08:13 PM
Moga berkekalan till jannah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.055025 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top