Jakarta: Puluhan ribu Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia yang tidak mempunyai dokumen telah dihantar pulang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, meskipun soal dokumen hal yang serius, kerajaan Malaysia tetap menanganinya dengan baik, tanpa pendakwaan di mahkamah.
"Kalau yang sudah ditangkap, dikirim (dihantar) pulang, dan kita percepatkan proses itu," katanya kepada media selepas Program Temu Anwar, di sini malam tadi. Perdana Menteri ditanya oleh media tempatan mengenai proses kemajuan dalam menguruskan masalah TKI di Malaysia, selepas kunjungan Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia pada Jun lepas. Menyentuh mengenai isu Laut China Selatan yang dibincangkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN hari ini, Anwar berkata, kerajaan ada pendirian dan menegaskan supaya ASEAN ada pendirian yang sama untuk pertahankan hak kita dan berunding dengan baik dengan China.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata Malaysia menyambut baik keputusan pemimpin ASEAN, untuk Filipina menjadi Pengerusi ASEAN pada 2026. "Tahun depan Laos diikuti Malaysia, kemudian sepatutnya Myanmar, tetapi konsensus tadi oleh kerana belum selesai masalah Myanmar, soal penindasan dan konflik berterusan maka diserahkan kepada Filipina, dan Presiden (Ferdinand) Marcos Jr tadi setuju. Ini satu perkembangan yang sangat positif." Sumber: Bernama |
tikusmontok replied at 6-9-2023 08:55 PM
Nama friska babu garit ada tak dlm list tu?
Friska replied at 6-9-2023 08:59 PM
Disini Kakak LIST
Friska replied at 6-9-2023 08:59 PM
Disini Kakak LIST
noor2 replied at 6-9-2023 09:10 PM
Oh maknanya Friska dah jd warganegara Malaysia la...sb ada bank Malaysia lagi...ni cimb kan..makna ...
Friska replied at 6-9-2023 09:15 PM
Pakai kartu permanent residence sudah bisa buka CIMB Kakak
noor2 replied at 6-9-2023 09:17 PM
Kartu permanent tu kad ic ke?...cane rupa dia friska?...sama mcm.ic ke....
Friska replied at 6-9-2023 09:20 PM
https://www.jpn.gov.my/my/mypr
noor2 replied at 6-9-2023 09:22 PM
Oh ..baru tau....dah brp lama Friska menetap di Malaysia? Ada lebih 10 tahun?
noor2 replied at 6-9-2023 09:22 PM
Oh ..baru tau....dah brp lama Friska menetap di Malaysia? Ada lebih 10 tahun?
Lebih 270,000 permohonan MyPR diluluskan
oleh NURUL HUDA HUSAIN17 Ogos 2020 12:45pm
KUALA LUMPUR - Sebanyak 270,837 pemohonan Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) yang dimohon sehingga 30 Jun lalu telah diluluskan kerajaan setakat ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, dalam tempoh 2015 sehingga Julai 2020 pula sebanyak 1,430 permohonan telah ditolak atas pelbagai kesalahan.
"Bagi mendapatkan kad MyPR, pemohon perlu mempunyai pasport yang sah dan mempunyai Permit Masuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).
"Dasar sedia ada bagi permohonan Permit Masuk menetapkan empat kategori pemohon yang layak dipertimbangkan untuk memohon permit masuk iaitu, kategori suami kepada warganegara, kategori isteri kepada warganegara, kategori anak kandung kepada warganegara dan kategori Sistem Mata untuk warga asing sepenuhnya," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Natrah Ismail (PH-Sekijang) mengenai prosedur operasi standard (SOP) digunakan untuk permohonan pemastautin tetap Malaysia kerana terdapat banyak permohonan yang ditolak tanpa menyatakan sebab penolakan.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, permohonan permit yang ditolak adalah berdasarkan kepada SOP sedia antaranya tidak memenuhi syarat pertimbangan untuk permohonan permit masuk seperti sistem mata untuk warga asing sepenuhnya dan tempoh perkahwinan serta keberadaan pemohon yang tidak menepati kelayakan untuk kategori pasangan kepada warganegara.
Selain itu katanya, terdapat bantahan terhadap Borang Rujukan Imigresen daripada PDRM, terdapat bantahan terhadap permohonan hasil daripada pemeriksaan naziran, pemohon disenaraikan di senarai hitam Jabatan, penaja atau pemohon telah meninggal dunia, pasangan telah bercerai atau penaja telah menarik diri daripada menjadi penaja.
“Sehubungan itu, surat penolakan yang dikeluarkan oleh JIM adalah berdasarkan faktor-faktor penolakan tersebut selari dengan SOP yang ditetapkan.
Friska replied at 6-9-2023 09:42 PM
Saya kategori isteri kepada warganegara Kakak, kebetulan suami saya tahu kerajaan lagi dalam pros ...
ADVERTISEMENT