Aina Abdul menjelaskan maksud yang tersirat di sebalik kain merah yang digunakan dalam muzik video terbaharunya berjudul, ‘Jangan Mati Rasa Itu’. Di TikTok Aina dilihat bertanya kepada ibunya mengenai simbolik penggunaan kain merah tersebut.
“Ma rasa apa simbolik kain merah tu dalam muzik video? “Dekat yang hutan tu kan ada part melutut atas kain merah,” katanya.
Namun respons yang diberikan ibu Aina, Zaini Abdullah mencuri perhatian selepas peminat melabel wanita itu sebagai seorang bijak dan kelakar. “Merah tu semangat. Semnagat juang yang gila. Merah memang simbolik dia semangat. Orang cina guna warna merah untuk semangat. “Semangat juang, terus hidup, jangan meroyan dekat aku!,” balas ibu Aina.
|
ADVERTISEMENT