CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Lee Seung-Gi Buat Hal, Ubah Lokasi Jumpa Peminat Di Amerika Syarikat Saat Akhir

6-9-2023 03:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3416| Komen: 2

Nama pelakon Lee Seung-gi menjadi sebutan peminat di Amerika Syarikat apabila mengubah beberapa lokasi yang sepatutnya dilawati di negara Uncle Sam itu.

Difahamkan, Seung-gi membatalkan lawatan ke beberapa restoran Korea di Atlanta pada saat akhir walhal telah dipersetujui awal bersama syarikat pengurusan pelancongan AS, Hugh Entertainment.



Aktor drama Mouse itu sepatutnya bertemu peminat di tiga restoran terbabit sebagai tanda terima kasih kerana menaja konsertnya.

Bukan hanya gagal muncul atas alasan kesihatan, malah dia turut menolak tawaran menginap di bilik suite Hilton Embassy Suite di kawasan Koreatown di Duluth, Atlanta kerana hotel tersebut tidak menepati cita rasa.

Lebih teruk, Seung-gi turut membatalkan konsert di New York yang sepatutnya dijadualkan pada 2 September lalu dengan alasan tidak menguntungkan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada keputusan itu dibuat Seung-gi atau syarikat pengurusannya, Human Made.



Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 8-9-2023 02:57 AM
No one cares.
Quote sarah_ary2 10-9-2023 08:46 AM
Makin merudumlah LSG kalau berterusan camnie sejujurnya aiols x nampak apa yg best LSG ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.025796 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top