Boston, Massachusetts: Seorang remaja lelaki di negeri Massachusetts maut selepas menyertai trend makan kerepek paling pedas di dunia, lapor portal berita MailOnline semalam. Harris Wolobah, 14, meninggal dunia pada 1 September lalu pada hari sama dia menyertai trend online dikenali sebagai ‘One Chip Challenge’.
Pada hari kejadian, ibu Wolobah dipanggil ke sekolah selepas pelajar itu mengadu sakit perut setelah makan kerepek pedas itu yang diberikan oleh rakan sekelasnya. Remaja itu beransur pulih selepas pulang ke rumah, namun pengsan pada pukul 4.30 petang (waktu tempatan) ketika hendak keluar bermain bola keranjang. Seorang anggota polis, Sean Murtha berkata, budak lelaki itu tidak sedarkan diri dan tidak bernafas. Dia dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Kes Harris menandakan kematian pertama yang dilaporkan selepas makan kerepek itu. Bagaimanapun, lebih ramai remaja lain memerlukan rawatan akibat trend tersebut. ‘One Chip Challenge’ merupakan strategi pemasaran di mana sekeping cip tortilla diiklankan sebagai paling pedas di dunia. Ia dikilangkan sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Paqui pada 2016 dengan 10 rasa berbeza termasuk California Reaper Pepper dan Naga Viper Pepper. – Agensi Sumber: Kosmo! Online
|
Sazreena replied at 6-9-2023 06:00 PM
Hantar kepek ni kat mesia..baru tau pedas ke idok.
Kitty_catz replied at 6-9-2023 06:57 PM
lebih tepat anto kat nismilan
Sazreena replied at 6-9-2023 07:04 PM
Nismilan dan waghih minang..kita try test cuba uji rashid..ah gituew.
Kitty_catz replied at 6-9-2023 07:05 PM
kannnnnn harus cemerlang
dani-rox replied at 6-9-2023 09:08 PM
green~tea replied at 6-9-2023 09:11 PM
Gilos kalo tumbuk sambal belacan, percik masuk mata terus buta mata kot
dani-rox: <a href="https://facts.net/wp-content/uploads/2022/02/hottest-pepper-in-the-world.jpg" target="_blank">https://facts.net/wp-content/uploads/2022/02/hottest-pepper-in-the-world.jpg</a>
Atata replied at 6-9-2023 11:21 AM
Ini kah reaper pepper? Kalau ini kat Sarawak panggil cabik geronong atau cabik antu. Memang pedas ...
lazim replied at 7-9-2023 11:14 AM
Aku jnis mkn pedas. Cili burung mmg fav. Tp kalah betul dgn cili kering skrg. Pds sampai nk bebai ra ...
ADVERTISEMENT