CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikan Pelagis Serang Pantai Sepanyol, 15 Cedera

6-9-2023 03:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3727| Komen: 5

Benidorm, Sepanyol: Pelancong di Benidorm, Sepanyol diberi amaran mengenai insiden serangan ikan  yang semakin berleluasa berikutan suhu Laut Mediterranean semakin panas, lapor portal berita MailOnline semalam.


Lebih 15 orang dilaporkan cedera dan menerima rawatan. Mereka digigit ikan ketika berenang di beberapa buah pantai sekitar Alicante setiap hari. Mangsa  digigit oleh ikan oblada atau ikan pelagis kecil. 


Ia merupakan ikan berwarna kelabu dan mempunyai bintik hitam pada ekornya.

Ikan itu dikatakan tertarik pada tahi lalat, ketuat atau luka kecil pada kulit manusia.

Ikan yang boleh membesar sehingga panjang 30 sentimeter  itu boleh mencederakan atau meninggalkan luka akibat gigitan pada lengan, kaki dan belakang mangsa.

Menurut beberapa pakar,  cuaca panas mengakibatkan  suhu air laut meningkat. Keadaan itu  meningkatkan metabolisme ikan, seterusnya menaikkan seleranya. – AGENSI



Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 6-9-2023 03:22 PM
Obladi, oblada
Life goes on, brah
La la how the life goes on
Quote dani-rox 6-9-2023 10:18 PM
Ikan itu dikatakan tertarik pada tahi lalat, ketuat atau luka kecil pada kulit manusia.


So kulit ploles tanpa cela je la yg selamat? rasis punya ikan



Mcm sedap jah kalau digoreng rangup atau dibuat ikan masin


Org belah2 sana pun makan ikan ni, so takda masalah nak kurangkan ancaman. umpan dgn kutil dan taik lalat kat badan pun dah cukup





Quote Tinot7 7-9-2023 02:23 AM
Awat deme attack ketuat dan tahi lalat?
Quote Dwdrum 7-9-2023 07:35 AM
Ikan lapar... Sama.concept seperti fish spa

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.068616 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top