CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nama Tiba-Tiba Kena Gugur Arah Filem Produksi Mat Kilau, Pengarah Murung Tiga Hari

6-9-2023 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4992| Komen: 15

Pengarah filem Areel Abu Bakar terkejut apabila namanya secara tiba-tiba digugurkan daripada produksi sebuah filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd.

Kata Areel, 37, perkara tersebut dimaklumkan kepadanya pada April lalu dalam satu pertemuan dengan team produksi produksi berkenaan selepas karya dipercayai sambungan filem Mat Kilau itu sudah disiapkan sebanyak 90 peratus.


Foto: mStar

"Kalau boleh saya tak mahu beri sebarang komen. Mereka panggil ketika saya tengah gembira proses edit dah siap 90 peratus.

"Saya diberhentikan tanpa sebarang alasan dan saya pun tak tahu apa puncanya... memang rasa kecewa sebab saya letakkan sepenuh hati untuk filem itu.

"Tiga hari juga saya murung selepas kejadian itu," katanya kepada mStar.

Susulan namanya digugurkan tanpa sebab, Areel melarang Studio Kembara Sdn Bhd menayangkan filem itu kerana karya berkenaan tidak melibatkan dia sepenuhnya.


Areel bagaimanapun masih terbuka untuk mengadakan perbincangan lanjut menyelesaikan isu berkaitan filem berkenaan.

"Sekarang ini mereka senyap sahaja... kalau boleh saya tak suka filem saya ada nama orang lain, jika mahu tayang mereka buatlah semula dari awal.

"Biarlah mereka selesaikan dengan saya dahulu. Kalau tidak ada jalan penyelesaian saya akan keluarkan kenyataan secara rasmi nanti," ujarnya.

Dalam masa sama Areel percaya apa yang terjadi itu adalah satu rezeki dan pengalaman baharu buatnya.

Malah kekecewaan hatinya sedikit terubat apabila filem Walid mendapatkan tayangan di Los Angeles dan New York, Amerika Syarikat pada Julai lalu.

"Saya percaya pada rezeki. Ini mungkin bukan rezeki saya. Tak dapat rezeki di situ tapi filem saya diberi peluangan tayangan di AS," jelasnya.

Untuk rekod filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang ditayangkan pada Jun tahun lalu merupakan arahan Syamsul Yusof dan pihak produksi merancang mengadakan sambungan filem itu dengan sentuhan tangan pengarah lain. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oklatu85 6-9-2023 03:16 PM
Ada je masalah produksi nie
Quote AbdulSmokeyy 6-9-2023 03:28 PM
Haiihhh! Lambat lagi la boleh tengok Pahlawan Awang klu gini kekdahnyaa
Quote prince_marhaen 6-9-2023 03:42 PM
production ni memang problem ke apa eh? daripada start shooting dulu, masa tayangan primier, masa promo, masa lepas tayangan, bonus kutipan filem apa semua.... btw, meols tak tengok wayang, tak join hype, meols tengok kat netflix pun dalam 10-15 minit pastu bosan nak mampos, gambar macam drama zaman 90an punya sinematografi...so buruk, props & baju buruk, wig kejung macam beli kat kedai cina sungei wang... no thanks.
Quote Realpeople17 6-9-2023 03:54 PM
Menyusahkn pelakon jela studio kembara ni. Da la spatutnya tayang hujung taun. Ptut la rasa drag lama sgt shooting rupenye problem. Da la bru nk tgk comeback faz. Pelakon2 dia tak marah ke oiiii
Quote Burong_Hantuk 6-9-2023 03:57 PM
bukan best mana pun citer tu
Quote I.K.A888990 6-9-2023 04:05 PM
kecewa betul la mcm ni
asyik prob je
Quote beni_nikaido 6-9-2023 04:23 PM
90% dah siap tetiba kena tendang tanpa sebab.
mau tak murung kawan tu.
jahat la perbuatan gini.
betul kata dia. buat la semula dari awal
Quote BoongaKertas 6-9-2023 04:26 PM
iols tgk citer ni sbb nak tgk bamtah & beto jer. kalau xde dua ni, bye2.
Quote Suchi 6-9-2023 04:46 PM
Pasal apa pilem kali nih? Sapa pelakonnya?
Gasaklaa hat sblm ni pun iols tak layan.
Mcm tak layak je dapat 90 juta patut pilem lain laaa yg dapat kutipan byk gitu sbb bkn karya agung sangat pun pilem sblm ni tambahan plak produksi tu baru pestime je terbit movie.
Cepat naik cepatlaaa jatuhnya, elok naik perlahan2.
Kebetulan je tahun lepas tu sbb baru abis PKP, pastu faktor tsunami melayu nk plak lobai2 pun g tgk kat panggung jd penyokong dorang pun terachun sekali nk tgk walau ujung2 memasing komen takde la best sgt pun hype je lebih.
Quote anilanil 6-9-2023 04:49 PM
Adoii cepat la settle. Aiols nak tengok Andak jer ni...
Quote AbdulSmokeyy 6-9-2023 05:20 PM
Realpeople17 replied at 6-9-2023 03:54 PM
Menyusahkn pelakon jela studio kembara ni. Da la spatutnya tayang hujung taun. Ptut la rasa drag lam ...

Yer chuols! Banyak songeh nak mampuss! Pelakon tkleh reveal pape rahsia sangat kononnya. Klu kena buat balik tkde bamtah ngan faz sorry la aku nk tengok nnti.
Quote matseh 6-9-2023 05:26 PM
Member aku cakap. MAt Kilau sama mcm cerita KL gangster. Cuma zaman di lamakan.
Quote Realpeople17 6-9-2023 05:51 PM
AbdulSmokeyy replied at 6-9-2023 05:20 PM
Yer chuols! Banyak songeh nak mampuss! Pelakon tkleh reveal pape rahsia sangat kononnya. Klu kena  ...

Mmg pun. Da la 90 peratus da siap. Kalo aku bukan murung lg da. Bleh bwk gaduh. Penat kot shooting sana sni. Kang batal camtu je. Btul la takde faz fattah mmg tak tgk la. Da la lama tunggu faz on screen. Kali ni movie ni aku nk tgk sbb bukan sol direct so nk tgk cara director ni plak. Ni la payah kalo penerbit bukan dari line industri.
Quote miamiot 6-9-2023 06:00 PM
Ayoyoo , nmpk kat ig Andy Teh  Amirul Afendi latih berkuda tu film apa pulak ?
Quote doubleharmonic 6-9-2023 06:08 PM
pening kepala otak dengan production ni. sama pening kepala otak bila tengok scene camera gegar2 tu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.082731 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top