CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mata Amira Othman Merah Sampai Keluar Urat Sebab Selalu Pakai Contact Lens, "Boleh Jadi Buta"

6-9-2023 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3626| Komen: 1

Sering menggunakan kanta mata disebabkan masalah rabun, Amira Othman berkongsi keadaan matanya yang terkini.

Amira terpaksa berhenti memakai kanta mata untuk dua bulan kerana kekurangan oksigen yang boleh menyebabkan mata buta jika tidak dirawat.


Foto: IG

“Pergi eye specialist tadi. Doctor cakap kena stop pakai lens at least sebulan or 2 months sebab mata dah lack of oxygen. Mata radang, kalau tak treat boleh jadi ulcer.

“Kalau memain tak jaga boleh jadi blind ya rakan-rakan. Usahlah memain dengan mata anda. Nasib baik lah pergi pakar kan. Kalau tak pergi apa jadi lah ek. Seram,” ujarnya menerusi Instagram.



Sementara itu, dia memberi penjelasan punca dimana dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar mata selepas hampir dua minggu mengalami masalah mata merah.

“Kalau korang memakai lens macam saya, perlu risau. Kalau tak pakai, tak perlu risau. Sakit mata ni dah almost two weeks, mata merah dan ada urat yang sangat merah yang tak baik-baik.




“Saya dah buang contact lens saya, beli yang baru pun bila pakai masih lagi merah dan gatal. Kadang-kadang bila kena cahaya, mata berair. Itu antara simptom yang buat saya pergi check up,” jelasnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 6-9-2023 02:12 PM
kesian dia ni..aritu air kencing hijau, ni mata merah pulak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.050291 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top