CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Pengarah JPJ Sistem Hangpa Terlampau Jahaman, Betul-Betul Sampah, Tahi Kucing,"-Sharnaaz Ahmad

6-9-2023 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5803| Komen: 18

Sharnaaz Ahmad kecewa dengan sistem bidaan nombor plat milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu JPJeBid yang dikatakan kurang efisien dan menyusahkan pengguna.

Katanya sistem berkenaan perlu dikemaskini kerana ia menyukarkan banyak pihak untuk melakukan bidaan nombor yang dikehendaki mereka.


Foto: IG

"Saya dah lama nak cakap fasal benda ini, tapi tidak terkeluar. Hari ini dan semalam buatkan saya panas hati dengan JPJeBid ini.

"Sistem hangpa (kamu) terlampau jahaman. Minta maaf cakap kepada Pengarah JPJ, sistem memang betul-betul sampah, tahi kucing," katanya dalam satu video yang dimuat naik di IG.

Dia juga meluahkan kemarahan kepada scalper iaitu pihak yang membeli nombor berkenaan secara pukal dan menjualnya semula dengan harga tinggi.



Katanya, kewujudan pihak tidak bertanggungjawab ini menyebabkan orang lain tidak dapat membida nombor diidamkan.

"Aku tanya berapa ramai orang awam menang bida? Tak ramai. Yang menang ini adalah scalper.

"Lepas itu kena beli dekat scalper yang dah naikkan harga. Dia beli RM3,000 dan dia jual RM5,000... mana keadilan kita yang nak bid?" ujarnya.


Sementara itu, pelakon filem Jebat ini berharap sistem tersebut dapat diperbaiki dan bersifat lebih adil kepada semua rakyat Malaysia.

"Buat sistem yang lebih besar supaya semua boleh lawan (bida) untuk nombor yang dia nak. Hapuskan scalper ini.



"Please take note. Ini luahan hati kami rakyat Malaysia yang teringin nak pakai nombor ikut tarikh hari jadi, kahwin tetapi mustahil untuk dapat bila ada scalper dan sistem macam ini," luahnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 6-9-2023 02:13 PM
Ahh engko dgn semua org ko berani nak hentak
Dgn kak nab & keluarga pakistan tu ko kecut telur
Tak berani berbunyi langsung
Quote Burong_Hantuk 6-9-2023 02:19 PM
jantan kepam mulut puaka!!!
Quote airmineral 6-9-2023 02:21 PM
mcmn scalper blh muncul dlm sistem ek
Quote prettyuglybabe 6-9-2023 04:14 PM
bagus dia bising..
JPJ ni i rasa paling banyak ulat berleluasa..
Quote selipar_hijau 6-9-2023 06:58 PM
Bid ni duit kene banyak bro. Lu nak number yg lu suka & number pulak jenis mahal cantik eg. single digit ke lu sedia duit la banyak2 dulu.. Kalau tidak gi beli running number biasa je. Takyah nak memekak kat Jpj
Quote botol_tritan 6-9-2023 07:14 PM
I pernah bid n menang. Masa bid tu, i pun rasa mmg scalper, sbb mcm x logik ada org naikkan harga setiap kali kita bid lagi tinggi. Eh, cane nak cakap ek. Kena experience dulu, baru boleh rasa yg mmg ada ‘tangan2’ scalper. Sbb cara bid tu, dia cepat btl naikkan harga dia. Lepas tu, 3 org yg bid dgn I.

Last2 i ikut taktik husband i. I biarkan org lain tu bid harga paling tinggi. Bila dah nak dekat pukul 12 mlm (let say) 11.57 malam, bid naikkan rm10. Lepas tu, confirm scalper tu xleh bid lagi, since sistem tutup tepat 12 mlm. Tapi kena pastikan internet betul2 laju. Tepat pukul 11.58 pm, masukkan TAC number, so sistem ebid tu akan received last payment dari kita. I menangla jugakla dgn harga rm 2k++. Semua sebab scalper ni. Bukan nombor cantik sgt pun, nombor 3 angka je, tapi boleh bentuk jadi nama i la. Dah la ada angka 4 lagi. Pelik siapa lagi yg berminat selain i.
Quote heythere123 6-9-2023 07:26 PM
heols ni dengan semua makhluk atas muka bumi ni kemain samseng, tapi dengan puak SSKJP menikus noks

kecut terus bila jumpa nek tini peti ais
Quote cikgojesss 6-9-2023 08:02 PM
iols pun pernah bid n menang.. tahun 2020 time tu covid teruk terperap je kat rumah, memang keje perabis duit gaji yg masuk tiap bulan duk soping online sampai dah tak tau nak beli apa.. kebetulan time tu tengah open tender no plat huruf yg iols nak.. kekdahnya memang dah plan nak tukar keta tahun depannya tu so cari la no plat dulu..

iols dulu bid masa dah nak hujung2 dalam 11:55pm.. time nak tunggu result tu berdebar ya ampunn tp lepas menang excited namampuss.. abes ribu riban tapi puas hati bangga pun ada
Quote Pak.dolla 6-9-2023 08:17 PM
heythere123 replied at 6-9-2023 11:26 AM
heols ni dengan semua makhluk atas muka bumi ni kemain samseng, tapi dengan puak SSKJP menikus noks  ...

dia pilih² org jgk...kalau dgn org berkepentingan lain nada dia....
kalu dgn org yg dia bwh tapak kaki dia...nada dia laen....
mcm kaki bodek pun ada kalau dgn org yg ada kepentingan utk dia kan?
Quote kotakominami 6-9-2023 08:42 PM
Aku nk daftar ejpj pon dari bulan 2 tak lepas....pakai je roadtax tampal sampai now...koyak2 pon at least ade function....
Quote heythere123 6-9-2023 08:58 PM
Pak.dolla replied at 6-9-2023 08:17 PM
dia pilih² org jgk...kalau dgn org berkepentingan lain nada dia....
kalu dgn org yg dia bwh tapak ...

dasar gangster taik kucing betul
Quote xAthenax 6-9-2023 09:13 PM
ala.. company jual kereta ramai beli secara pukal
bidding tu ramai saja menang, janji pocket tebal, ko kena gigih juga lah
takkan nak bidding macam bidding art piece f2f
nak bid single digit nombor ke?
Quote she 6-9-2023 09:56 PM
Maksud Nanas ni
Dia minta JPJ bertegas isu scalper ni
Beli pukal pastu letak no kat motor cabuk
Hari2 iklan jualan

Mungkin Nanas nak JPJ buat undang2
Siapa dapat beli no bida
Tak boleh tukar dengan nama orang lain dalam tempoh 5 tahun
Macam AP

Gitu pemahaman macik
Tapi jejaga Nanas
Ekau kutuk2 Pengarah JPJ
Ekau jangan lupa kes Amin Carwash
Dok kutuk2 hujung2 mati kena tembak kat trapik light
Quote winky1 6-9-2023 10:00 PM
Gus luck gf ...
Quote serojasenja 6-9-2023 11:52 PM
mungkin pasal no putrajaya baru ni yg M..M tu. aku pun bid jugak 4number. biasa sblm ni bid no tu aku sorg je. kali ni 4 org.
tutup pukul 10 mlm isnin baru ni. 9.20 nk masuk bid dah start sangkut. overloaded katanya. bila dpt masuk pun nk bayar tak lepas. keluar lg system overloaded apa tah.
ingat last minute la nak naikkan harga. tgk tak dpt terus. sapa yg dpt tu nasib baik la kot.
Quote CikYaYaYa 7-9-2023 12:00 AM
Apa2 jerlaaa mamuu
Quote meah_kelabu 7-9-2023 08:10 AM
ade kaki2 dalaman jpj jgkla tu
lgpn bnde sistem, mcm2 boleh buat
gigih lg scalper warehouse, sekurang2nye kene berusaha beratur
Quote putu 7-9-2023 08:50 AM
X cool la jaantan mulut jahatt

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.033747 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top