Pengarah Jepun, Sho Miyake, 39, bangga dapat menayangkan filem arahannya, Small, Slow But Steady di Malaysia yang mengambil inspirasi filem Talentime arahan Allahyarham Yasmin Ahmad. Sho berkata, peluang itu satu penghormatan besar buatnya kerana dia memang mengagumi filem Yasmin yang disifatkan antara karya terhebat dari negara ini.
"Ceritanya berkisar seorang wanita yang mempunyai masalah pendengaran. Namun, sebelum saya hasilkan filem ini, saya sebenarnya ada buat banyak kajian berkaitan cerita sebegitu. "Sebenarnya satu daripadanya adalah filem dari Malaysia. Saya yakin segelintir daripada anda pasti tahu filem Talentime arahan Yasmin. Saya rasa sangat berbesar hati dapat peluang ini untuk menayangkan filem saya di negara anda," katanya. Berucap di majlis perasmian Festival Filem Jepun (JFF) 2023 hari ini, Sho berkata, antara sebab utama dia teruja hadir ke sini adalah kerana selalu mendengar cerita mengenai keindahan Malaysia.
"Sebenarnya satu daripadanya adalah filem dari Malaysia. Saya yakin segelintir daripada anda pasti tahu filem Talentime arahan Yasmin. Saya rasa sangat berbesar hati dapat peluang ini untuk menayangkan filem saya di negara anda," katanya. Berucap di majlis perasmian Festival Filem Jepun (JFF) 2023 hari ini, Sho berkata, antara sebab utama dia teruja hadir ke sini adalah kerana selalu mendengar cerita mengenai keindahan Malaysia. "Pelakon wanita utama filem saya iaitu Yukino Kishii banyak kali cakap kepada saya betapa dia sukakan Malaysia. Dia pernah ke sini beberapa kali. "Dia menyuruh saya cuba makanan tertentu, melawat beberapa lokasi dan lain-lain. Jadi, sungguh istimewa maknanya untuk saya berada di sini," katanya. Selain mempromosikan filemnya itu, Sho turut terbabit dalam beberapa agenda JFF yang akan berlangsung pada 7 September hingga 15 Oktober di pawagam-pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) terpilih. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT