CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kami Tak Tahu Apa Amalan Arwah, Seawal 4 Pagi Orang Dah Datang Rumah," 3,000 Iringi Perjalanan Akhir Muhammad Hattem

6-9-2023 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8537| Komen: 76

ALOR SETAR – “Kami sendiri tak tahu apa amalan arwah tetapi dia seorang anak yang taat, baik dan suka tolong orang," kata anggota keluarga pelumba drag, Muhammad Hattem Rashdi, 22, yang meninggal dunia dalam kecelakaan ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 di Pekan, Pahang, Ahad lepas.


Kakak arwah, Noor Amalia Rashdi, 27, keluarganya sendiri terkejut dengan kehadiran kira-kira 3,000 orang termasuk rakan dan pengikut media sosial dari seluruh negara untuk menziarahi jenazah arwah.


Foto: kosmo

Katanya, adiknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Padang Lalang, Alor Janggus di Kuala Kedah.

“Seawal pukul 4 pagi selepas berita kematian arwah tersebar, orang ramai sudah membanjiri pekarangan rumah kami termasuk rakan-rakan dan pengikut media sosialnya dari Johor, Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang.

“Entah apa kebaikan yang arwah buat tetapi di mata kami arwah seorang anak yang sangat taat dan baik. Dia juga tak lokek ilmu,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Padang Lalang, Alor Janggus.

Jenazah Allahyarham Muhammad Hattem dikebumikan pada pukul 12 tengah hari setelah disembahyangkan di masjid berkenaan.


Terdahulu jenazah Muhammad Hattem diusung oleh rakan-rakannya ke masjid berkenaan dari rumah mereka yang terletak kira-kira 250 meter.

Menurut Noor Amalia, rakan-rakan dan pengikut arwah meminta keizinan untuk mengusung sendiri jenazah ke masjid berkenaan sebagai penghormatan terakhir mereka.

Bercerita lanjut kata seorang lagi kakak Muhammad Hattem, Noorasyikin, 36, arwah menunjukkan sikap agak luar biasa apabila keluar dari rumah untuk ke Pekan pada pukul 4 petang, Jumaat lepas.

“Tidak seperti biasa, arwah keliling rumah bersalam dengan kami termasuk dengan datuk dan nenek. Arwah ada cakap dekat mama, doakan ceq. Itulah kata-kata terakhir arwah sebelum pergi.

“Mula-mula memang tak terasa perubahan tetapi selepas berlaku kejadian baru kami sedar, arwah pun nampak gelisah sebelum keluar rumah. Seolah-olah tak mahu tinggalkan kami. Arwah keluar pukul 4 petang tiba-tiba dia patah balik rumah sebab tertinggal topi. Kami pun rasa lain tapi tak mahu fikir apa-apa,” ujarnya.

Dalam pada itu menurut ibu mangsa, Muniroh Ahmad, 58, walaupun kehilangan anak bongsunya itu dalam keadaan tragis, namun mereka reda.

“Saya tonton ‘live’ (siaran langsung) perlumbaan itu, saya nampak arwah terjatuh tetapi saya ingat tak serius sebab bukan kali pertama arwah kemalangan tetapi hati saya rasa tak sedap apabila ‘live’ itu tiba-tiba ditamatkan.

“Saya terus menelefon adik yang mengiringi arwah ke perlumbaan itu sebelum dia menunjukkan gambar kemalangan. Kami rasa tak sedap hati dan terus berangkat ke Kuantan,” katanya.

Tambahnya, Muhammad Hattem terlibat dengan sukan berkenaan sejak 2016. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cassieopeia 6-9-2023 12:12 PM
innalillahiwainnailaihirojiun
Quote batmana 6-9-2023 01:33 PM
tapi klu sukan permotoran mmg ramai ziarah, psl dorg dh sedia ada transport masing2

klu mat rempit yg meninggal masa berlumba pun ramai yg ziarah psl msing2 dh ada moto

Quote otai_g 6-9-2023 01:35 PM
Meinggal pasai apa tu?
Quote noor2 6-9-2023 01:40 PM
Arwah lady Diana pun ramai org dtg....
Quote midori888 6-9-2023 01:43 PM


meninggal masa drag race cuols...

https://paultan.org/2023/09/05/2 ... ies-in-race-mishap/

Quote midori888 6-9-2023 01:54 PM
noor2 replied at 6-9-2023 01:40 PM
Arwah lady Diana pun ramai org dtg....

ala geng rempit kan sememangnyer ramai sbb tu ramai dtg...kalu ada kematian geng rempit, confirm ramai lah...

kalu meols jadi parents dia, mesti meols menyesal giler tak halang anak join drag race nie, dgn tak pakai safety gear, bawa plak moto modify by org2 yg takde tauliah, takde ikut standard, welding asal bole...asal moto bole jalan sudah...

Quote noor2 6-9-2023 01:56 PM
midori888 replied at 6-9-2023 01:54 PM
ala geng rempit kan sememangnyer ramai sbb tu ramai dtg...kalu ada kematian geng rempit, confirm r ...

Oh patutla......mmg kumpulan2 mcm ni ramai...
Quote opie5662 6-9-2023 02:00 PM
Dia glamour dik. Ramai pengijut Takyah la sembang amalan2 ni. Tu antara dia ngan tuhan
Quote midori888 6-9-2023 02:01 PM
noor2 replied at 6-9-2023 01:56 PM
Oh patutla......mmg kumpulan2 mcm ni ramai...

yg tgk race tu pun dah sememangnyer ramai...
Quote Burong_Hantuk 6-9-2023 02:02 PM
al fatihah
Quote noor2 6-9-2023 02:04 PM
midori888 replied at 6-9-2023 02:01 PM
yg tgk race tu pun dah sememangnyer ramai...

Betul juga tu.....
Quote talapia 6-9-2023 02:09 PM
aku tanye laki aku.. drag bike tu pemende.. dia pon tak tau.. entah..
championship ni bertahun2 dah.. tapi takde permit katanya.. organizer pon dengar2 pernah involve ada fatal crash jugak sebelum2 ni. so memang tak apply permint ke camne? kesian peserta.. entahkan tak cover insurance naya je
Quote Cyempaka 6-9-2023 02:19 PM
Sebab dia budak muda, ramai kawan. Main motor, ramai pengikut, dia eksiden viral kat tiktok.. aku yg xkenal pun jd kenal. Yg datang ramai2 tu separuh drpdnya adalah utk content makcik. Terimalah kenyataan
Record2 bergambar kendian buat content letak muzik sedih2.. nahh likes ber k k
Quote brego 6-9-2023 02:25 PM
ini ropa moto drag race
langsung takdak safety

hmm no comment ler,
i rest my case

moga arwah di tempatkan di kalangan org yg beriman


Quote Jitu 6-9-2023 02:37 PM
Takziah

oh kat pekan ada litar baru tahu
Quote doubleharmonic 6-9-2023 03:11 PM
midori888 replied at 6-9-2023 01:54 PM
ala geng rempit kan sememangnyer ramai sbb tu ramai dtg...kalu ada kematian geng rempit, confirm r ...

lah geng rempit ke? meninggal masa tengah merempit? tapi kemain bubuh nama racing championship bagai yach tapi level rempitan jahh? lepas tu geng2 rempit yang lain tu fefeling bangga lah gitu ramai yang ziarah pengebumian arwah?

Quote doubleharmonic 6-9-2023 03:16 PM
brego replied at 6-9-2023 02:25 PM
ini ropa moto drag race
langsung takdak safety

cedcadiq pon sokong perlumbaan rempit takdak safety nihh?




Quote kepompong 6-9-2023 03:28 PM
dia beramal kat socmed semua org kenal
Quote Prickford 6-9-2023 03:37 PM
Tayah la sembang amalan. Lain la arwah tu dalam bidang yg memang disegani. Ni drag race takde safety, takde tauliah, tak tau apa faedah.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.286688 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top