CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lakonan Bukan Lagi Keutamaan Tasha Shilla Walaupun Suami Tak Halang, Fokus Keluarga Dan Perniagaan

6-9-2023 10:26 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5098| Komen: 24

Pelakon Tasha Shilla tidak menjadikan bidang lakonan sebagai keutamaan meskipun suaminya tidak menghalang dia terus bergiat aktif.

Tasha atau Natasha Sheila Abdul Razak, 36, berkata keluarga menjadi perhatiannya ketika ini selain sedang sibuk dengan perniagaannya.



“Fokus utama saya adalah keluarga, anak-anak, suami. Dan yang kedua adalah produk (perniagaan) saya.

“Insya-Allah mana-mana pengambaran yang hanya melibatkan satu dua hari, kita tengok macam mana. Dipertimbangkan,” katanya kepada mStar.

Tasha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelanaran NYLA Beauty di W Hotel Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Tasha berkata, sebagai ibu kepada dua cahaya mata iaitu Raees Zander, 2 dan Nyla Kaadira, 1, dia turut berasa risau untuk meninggalkan mereka dalam tempoh lama memandangkan penggambaran mengambil masa panjang.


Kata pemenang Artis Baharu Wanita Popular 2011 ini, dia mungkin akan kembali aktif apabila dua anaknya itu sudah besar.

“Apabila anak-anak sudah dewasa, masuk asrama, Insya-Allah saya akan kembali dalam bidang ini (lakonan).

“Bukan sekadar berlakon, watak yang dibawa juga beri manfaat kepada masyarakat,” ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 6-9-2023 10:32 AM
alhmdulillah syukur..bertambah baik kehidupan TS bila dh berkahwin..
Quote Suchi 6-9-2023 10:37 AM
Edited by Suchi at 6-9-2023 10:38 AM

Mcm lain plak muka, maybe sbb nampak cam berisi kot.
Eloklah dah kawen ada anak kecik pokus jela jaga umah tangga kalau nk berlakon pun amik watak2 ringan dan tak perlu sampai kena shooting dr pg sampai mlm or outstation berbulan tinggalkan anak kecik.
Pastu merempan sedih rindukan anak.

Quote lasagna 6-9-2023 10:39 AM
lahhh dah dua ketul dah anak sheol, igt still seketul.
ooooo dah ada product dah skrg alhamdulillah..
xyh laa berlakon, focus yg priority jer laa skrg.
Quote tulip-rain 6-9-2023 10:44 AM
Cantik eh dia ni.
Eloklah tak berlakon. Takde siape rindu, tak rase kehilangan besar pd dunia hiburan pun kau takde.
Quote I.K.A888990 6-9-2023 11:04 AM
comel anak2
Quote LadyCarefree 6-9-2023 11:16 AM
Baguslah dia ni lepas kahwin. xde buat hal.
Quote little_sis 6-9-2023 11:16 AM
Bertuah dia ni...
Quote mawarika 6-9-2023 11:22 AM
Tasha ni sama waktu naik dgn bini pizz pairuzz kan.l?? Lama betul menyepi sampai lupa dia ni artis. Anak dah 2. Tahniah.
Quote TomyamPuteh 6-9-2023 11:24 AM
Bila kembali mesti pegang watak2 mak kpd Tok Danish, Zul Ipin. Dah tak blh pegang watak heroin dah.
Quote Duta lover 6-9-2023 11:32 AM
Ni antara contoh artis yang boleh kembali cleankan imej tanpa menunggang agama.
Tak perlu pakai tudung atau acah2 ustazah jadian...nk tunjuk diri baik.

Just slowly kurangkan controversy n slow down. Lama2 org lupa dah benda2 lama
Quote aemon 6-9-2023 12:27 PM
Jah jeling je tengok seteru jadi tai tai.
Quote MikeSin 6-9-2023 12:30 PM
kalau xde tered ini
kompem tiada dalam ingatan dah dia

antara artis controversy tapi bakat pun tidaklah sendu
Quote Purplehaz 6-9-2023 12:45 PM
Dah puas berjimba dolu..dh puas .....tibah masenye fokus jg anak keluarga.
Semakin baik life dia.
Arhh rindu nk tgok dia berlakon.
Quote Afifi82 6-9-2023 12:48 PM
2 dah anak dia. Ingat sorang je..
Quote lazim 6-9-2023 12:48 PM
Meols teringat trek selebriti dia.  Mak dia mmg puji dia ank yg baik
Cm mak nye jujur sgt mcm secara tak lansung teriyakan gosip2 liar
Quote kotakominami 6-9-2023 01:10 PM
Tak sangka clean je idup dia skang....
Quote mamanoni 6-9-2023 01:55 PM
Sentiasa cantik!
Quote Pak.dolla 6-9-2023 01:58 PM
aemon replied at 6-9-2023 04:27 AM
Jah jeling je tengok seteru jadi tai tai.

jah skrg bangga berbinikan puyu hasil.rampasan...
Quote zuriey 6-9-2023 02:04 PM
Sereban dgn birah tak kena kecam pula kan
Myb dia jenis diam2 tak mcm birah n jering

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036914 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top