Pelakon dan penyanyi Kilafairy mendedahkan dia dijangkiti Influenza A selepas melakukan ujian saringan. Kilafairy berkongsi mengenai keadaan dirinya itu menerusi Instastory pada malam Selasa.
Kilafairy berkata, ini kali pertama dia jatuh sakit tanpa kehadiran Allahyarham ibunya iaitu Rohana Jalil yang meninggal dunia pada 20 Jun lalu. Kata Kilafairy, apa yang terpaksa dilaluinya adalah keadaan sukar buatnya. "Ini kali pertama mengharungi kesakitan tanpa ibu. Ia sukar," katanya. Dalam pada itu, Kilafairy turut memohon maaf kerana terpaksa membatalkan kemunculan dalam beberapa acara selain penggambaran di saat akhir kerana jangkitan itu. "Dijangkiti Influenza A. Maaf saya terpaksa membatalkan beberapa acara selain penggambaran pada minit terakhir," katanya. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT