CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakal Pengantin Sanggup Minum Racun Rumput Gara-Gara Cinta Tak Direstui

5-9-2023 04:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5396| Komen: 17

Indonesia: Sepasang kekasih cuba membunuh diri mereka dengan meminum racun rumput kerana hubungan cinta tidak direstui keluarga.

Memetik laporan Detik Sumbangsel, kedua-dua mereka meminum racun rumput di kawasan pelancongan air terjun Batu Kampit pada Khamis lalu.



Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kepahiang iaitu Inspektor Doni Juniansyah, pasangan itu ditemui oleh penduduk setempat dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Kerana keadaan mereka lemah akibat meminum racun rumput, kedua-duanya dilarikan ke hospital. Kedua orang tuanya sudah di maklumkan," katanya.

Dikatakan, pasangan ini sudah bertunang dan memutuskan untuk berkahwin namun tidak direstui oleh salah seorang daripada ibu bapa mereka.

"Kedua-dua mereka terdesak untuk minum racun rumput, kerana ada persilisihan faham antara ibu bapa mereka, jadi perkahwinan yang mereka rancang dibatalkan," kata Doni lagi.


Difahamkan, mangsa wanita meninggal dunia di hospital kira-kira 12 jam setelah kejadian. Manakala, kekasihnya masih menerima rawatan lanjut.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 5-9-2023 04:39 PM
kau tak payah sumber oh bulan sangat lah TT oii.... kalau dah memang wartawan wakil indon tu mengaku je lah... ni bukan forum indon..
Quote sharlenetexas 5-9-2023 04:42 PM
Romeo n juliet versi indon.

Quote midori888 5-9-2023 04:44 PM
ppuan meninggal, lelaki masih hidup lagi....
Quote I.K.A888990 5-9-2023 04:50 PM
pebenda la ni wei
Quote dua_chzy 5-9-2023 05:01 PM
midori888 replied at 5-9-2023 08:44 AM
ppuan meninggal, lelaki masih hidup lagi....

Dem. What a cruel fate.
Quote kelapaparut 5-9-2023 05:10 PM
mcm kisah romeo and juliet, sedih pulak rasenye..ntah2 dak pompuan tu termengandung kot, tu gigih nak kawen cpat2
Quote dani-rox 5-9-2023 05:52 PM
Kerana keadaan mereka lemah akibat meminum racun rumput, kedua-duanya dilarikan ke hospital. Kedua orang tuanya sudah di maklumkan


Dilarikan ke, dikejarkan?



I've tried so hard to tell myself that you're gone
But though you're still with me, I've been alone, I'm alone
When you cried, I'd wipe away all of your tears
When you'd scream, I'd fight away all of your fears
I held your hand through all of these years
You still have all of me...



Tiberr

Quote tom2 5-9-2023 06:02 PM
dani-rox replied at 5-9-2023 05:52 PM
Dilarikan ke, dikejarkan?



???? lol. Cc friska
Quote Binodino 5-9-2023 06:17 PM
Dah agak mesti dari negara friska
Quote matamata 5-9-2023 06:50 PM
Kalau hidup pun perut tu silap2 dah hancur...maksud aku dah rosak
Quote Skuau 5-9-2023 07:22 PM
midori888 replied at 5-9-2023 04:44 PM
ppuan meninggal, lelaki masih hidup lagi....

maksud...sehidup semati...sorang hidup...sorang mati.
Quote zuuu 5-9-2023 07:23 PM
dani-rox replied at 5-9-2023 05:52 PM
Dilarikan ke, dikejarkan?



Ko ni aq baru nk bsimpati pada mangsa baca komen terus dh ketawa
Quote midori888 5-9-2023 07:50 PM
Skuau replied at 5-9-2023 07:22 PM
maksud...sehidup semati...sorang hidup...sorang mati.

cuols rasa ada possibilty foul play tak? yg hidup suh yg mati minum racun lebih...
Quote TomyamPuteh 5-9-2023 08:25 PM
Dan lelaki tu pun kawin dgn org lain. Kalau selamat la.
Quote eyansss 6-9-2023 06:46 AM
dilarikan?  dikejarkan la ngek…
Quote Sazreena 6-9-2023 08:41 PM
Mati katak..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.174607 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top