CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muka Dihempuk Ke Lantai, Dicubit- Tular Rakaman Kanak-Kanak Didera Di Pusat Asuhan Di Cheras

5-9-2023 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5759| Komen: 36

Tular rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak sebuah pusat asuhan di Cheras didera oleh guru.

Dalam rakaman tersebut, seorang kanak-kanak perempuan dilihat telah dihempuk mukanya ke lantai oleh guru yang berada berhadapan mangsa.


Foto: via Beautifulnara

Difahamkan, ibu mangsa ada memohon untuk melihat kamera litar tertutup selepas anaknya merengek tidak mahu ke sekolah seperti kebiasaan.

Namun, permintaan si ibu ditolak namun dibenarkan setelah memohon kepada HQ pusat asuhan tersebut.

"Malangnya saya hanya diberi tengok secara rawak macam tu je. Saya juga kecewa kerana mereka tidak melakukan penyiasatan secara menyeluruh selepas saya membuat laporan anak saya takut untuk ke sekolah."


Difahamkan bapa mangsa sebelum itu telah mengambil anak di tadika dan pekerja bernama Athirah memaklumkan anaknya, Rania telah dilanggar ketika bermain.

Ada kesan cubitan di pipi kiri dan kanan, si ibu mendesak untuk melihat rakaman litar tertutup sebelum mendapati anaknya telah dihempuk ke lantai di bahagian muka serta dicubit oleh si pelaku.

"Katanya dia terlanggar anak kami dan Rania terjatuh sedangkan dia yang tolak kepala anak aku!"

Rania kini dilaporkan sedang dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan fizikal dan dalaman.

Hantaran asal si ibu kemudiannya didapati telah dipadam oleh Facebook kerana mengandungi unsur keganasan di video.

Perkongsian tersebut telah mencetuskan rasa marah orang ramai yang berharap tindakan selanjutnya dapat diambil ibu bapa dan pihak berkuasa agar tiada lagi kejadian tidak diingini seperti itu berlaku di mana-mana pusat asuhan dan tadika kanak-kanak. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ujio 5-9-2023 07:23 PM
Menjadi² lately ni berita budak kena dera kat pusat asuhan...kenapa kau nak kerja jaga budak kalau dh mcmtu perangaiii..??!
Quote noor2 5-9-2023 07:50 PM
Apa niiii....celaka sgtlahhh yg suka mendera budak2 ni...tolong mak pak terajang pengasuh tu kaw2 sebelum hantar ke polis
Quote prettyuglybabe 5-9-2023 07:58 PM
semoga mak bapak budak ni buat report polis pastu saman cikgu and pemilik tadika..
Quote Firenzza 5-9-2023 08:12 PM
Rasanya cikgu tadika yg suka dera ni jenis gundu, kepam paha melecet
Quote TomyamPuteh 5-9-2023 08:17 PM
Nape pendera semua gemok2@kak noor2?
Quote delia3003 5-9-2023 10:27 PM
Kenapa tak bagitau lokasi je, ingat Cheras tu sekangkang kera je. Rasa ramai dah dapat info dalam WA group. Dah la mahal taska ni. Nampak macam selesa jugak.
Quote mawarika 5-9-2023 10:51 PM
Mcm comel Budak ni
Quote Sesuatu… 6-9-2023 08:19 AM
Siapa yg kasi cctv part kena tolak tu? Sbb kata dia cuma dpt tgk secara rawak je. Mana la tau skill ni aku perlukan satu hari nnt, moga x perlu la selamanya
Quote Cassieopeia 6-9-2023 12:20 PM
eh kenapa keje taska kalo xsuke budak? pg la keje kilang ke jual karipap ke eh bongok
Quote batmana 6-9-2023 01:26 PM
sebab skrg wajib pakai cctv taska ni, jadi mudahla nk siasat.. dlu bole la ckp bdk lain kaco, main , jatuh, jatuh sndiri

skrg, tiap sudut bilik ada cctv, hdisk pun main 4TB, 8TB..rekod sampai 30 hari

Quote zehra2 6-9-2023 01:40 PM
sakit hati tengok. eh tokey pun subahat ke
Quote Burong_Hantuk 6-9-2023 02:09 PM
setan btl prmpn gemuk yg dera budak tu
Quote namr 6-9-2023 02:11 PM
mahal bayar yuran anak ujung2 kena hempuk je anak tu
Quote kudajantan77 6-9-2023 02:17 PM
Firenzza replied at 5-9-2023 08:12 PM
Rasanya cikgu tadika yg suka dera ni jenis gundu, kepam paha melecet

Tulisan kaka telah menyebabkan saya semakin trauma dengan pompuan gemok dan kepam...
Quote Friska 6-9-2023 04:56 PM
Edited by Friska at 6-9-2023 05:44 PM

Heran saya, kalau pendera pasti gendut
[fbvlink]https://www.facebook.com/100000815570226/videos/pcb.6486699178033870/267931876177202[/fbvlink]












Quote krustykrab 6-9-2023 05:13 PM
Mahalnya byr taska tp dera pulak anak org.
Quote Friska 6-9-2023 05:48 PM




Quote Dalcott 6-9-2023 05:58 PM
staff lain tutup mata & telinga. kne buang semua staff ni.
tak leh percaya
Quote TomyamPuteh 6-9-2023 07:25 PM
Dekat atas Kedai Emas Tanah Merah  tu ha. Bangunan Queensville. Dkt umah aku Chengal tu je.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.054916 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top