Ustazah Asma’ Harun mencuri perhatian selepas mengadakan sesi live di TikTok miliknya bersama suami dan anaknya, Tengku Atikah pada Isnin. Ustazah Asma dilihat memanggil anaknya perempuannya itu untuk berkongsi beberapa tips bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.
“Masya-Allah hebatnya Puteri sulung Ustazah Asma’, berkongsi sebagai seorang pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini. Ilmu yang bagus untuk anak-anak semua,” tulis pada kapsyen berkenaan. Terkejut dengan kefasihan Atikah,17, bertutur dalam bahasa Inggeris, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan. Malah, ramai yang kagum dengan sikap ‘merendah diri’ yang sentiasa ditunjukkan Ustazah Asma’ dan keluarga.
“Terbaik! Ni bukan takat bahasa Inggeris fasih, bahasa arab pun mesti fasih juga macam ustazah. “Nampak je diam, sekali dia cakap nak sembang atau tanya pun segan. “Wow, fluentnya anak ustazah speaking. Terbaik! “Parents yang melahirkan anak-anak yang hebat. “Hebatnya! Terpegun tengok,” komen netizen. Difahamkan, Atikah bertutur bahasa Inggeris dengan fasih kerana dia mendapat pendidikan awal di Australia selain turut dilahirkan di sana. -CARI Sumber: XTRA
|
JunkMail replied at 5-9-2023 04:15 PM
Seriuslah... Fasih enggelish skrg ialah satu pencapaian hebat ke? Aku ingat kira bahasa kedua normal ...
matjerk replied at 5-9-2023 05:55 PM
Cuma nak tau.. anak dia sekolah mana?
Laki ustazh ni nape aku rasa mcm ada vibes sohaimi saad eh? E ...
faraway1 replied at 6-9-2023 12:57 AM
English tak heran sebab normal tapi kalau cakap Tamil ke mandarin, Jerman ke Spanish kagum juga
ADVERTISEMENT