All Star Gegar Vaganza akan menyaksikan Datuk Aishah memberi persembahan lebih baik berbanding ketika menyertai pertandingan musim keempat sebelum ini. Katanya perubahan penampilan yang lebih langsing sejak menjuarai GV4 pada 2017 memberi lebih keyakinan untuk tampil bergaya kerana sebelum ini berasa kurang selesa disebabkan bertubuh besar.
"Dulu tiada pereka fesyen nak buat baju saya sebab katanya nanti terlebih kain. Sekarang ini saya nak tampil bergaya di pentas GV. "Walaupun saya juara GV4 tapi itu bukan versi terbaik saya. Saya tahu kemampuan diri dan bila lebih sihat seperti sekarang saya boleh menyarung pelbagai pakaian yang lebih bergaya dan memberi persembahan lebih baik. "Saya rasa sekarang berada dalam keadaan baik dari segi kesihatan dan stamina," katanya kepada mStar.
|
Belibis replied at 5-9-2023 07:06 PM
Hadiah dulu pun belum dapat lagi..dah masuk balik..
prince_marhaen replied at 5-9-2023 03:53 PM
Harap Kak Ecah all out siap ajak pakcik Paul Moss sekali macam zaman Ecah & The Fan Club.
Go Kak E ...
mothicy replied at 6-9-2023 12:41 AM
Kalau ada yg dgr interview dia pasal baju sponsor for GV ni... meluat betul and really cannot brain ...
TomyamPuteh replied at 6-9-2023 11:25 AM
Ecah ni xde income lain ke? Gigih bebeno ye.
ADVERTISEMENT