Seorang lelaki sedih apabila mengenangkan semula kematian bapanya pada tahun 2013 yang didakwa berpunca daripada perbuatan sihir. Dikenali sebagai Wan yang juga anak ketiga daripada lapan beradik itu, dia mengesyaki sihir tersebut dihantar oleh saudaranya sendiri selepas keluarga mereka terlibat dalam pertikaian sebidang tanah di Melaka.
"Ia berpunca daripada tanah tapak rumah kami. Tanah tu arwah ayah dah beli daripada nenek. Ayah saya ni menantu je, ayah beli sebab tak nak timbul isu antara adik-beradik mak saya. Tapi silapnya tak pecahkan geran tanah siap-siap. Tiada hitam putih. "Jadi bila orang tua semua dah tak ada, jadi isu la. Anak saudara nenek tuntut tanah itu. Dulu dia tiada tanah, tapi nenek saya bagi tapak tu untuk dia buat rumah di sebelah rumah kami. Tanah tu atas satu geran besar yang dipegang oleh nenek. "Asalnya dia (anak saudara nenek) tiada geran. Geran tanah tu dia dah duplicate (pendua). Macam mana dia buat pun saya tak tahu. Mereka pergi Pejabat Tanah, tapi tak boleh buat apa-apa sebab ikut pada bil elektrik dan air pun, kami dah duduk situ lebih 20 tahun. Bila tak boleh buat apa-apa, mereka guna cara halus," ujarnya kepada mStar.
Tidak lama selepas pertikaian itu, Wan yang bekerja di Ipoh, Perak menerima perkhabaran tentang kematian bapanya dan terus bergegas pulang ke kampung di Melaka. "Sampai-sampai, saya masuk rumah tengok arwah ayah saya kat ruang tamu. Masa tu ada adik-beradik dan mak. Masa tu juga saya tengok kat dahi arwah ayah berpeluh. Saya tak syak apa-apa. Saya cuba pegang tangan arwah, tapi satu badan dia macam dah kaku, kejang, keras. "Ibu jari tangan dia je lembut. Kemudian saya pergi report polis, beli kelengkapan untuk kebumikan arwah dan pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Masa nak kebumi, hujan turun selebat-lebatnya. Tapi kami teruskan juga," cerita Wan lagi. Pada waktu itu, Wan berkata semuanya masih kelihatan normal, namun mereka sekeluarga mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kerana arwah bapanya hadir dalam mimpi adiknya selama tiga malam berturut-turut. Bagi merungkai misteri yang menyelubungi, Wan berjumpa dengan seorang ustaz sebelum dia dimaklumkan bahawa bapanya meninggal dunia akibat terkena buatan orang. "Adik bongsu saya mimpi arwah ayah meronta minta tolong, macam lemas. Tiga malam berturut-turut mimpi yang sama. Saya pun berjumpa dengan ustaz. Ustaz kata arwah kena buatan orang. "Katanya roh ayah 'dikunci' dalam botol. Jadi, bila semua orang dah tinggalkan kubur, barulah roh tu dilepaskan semula. Pada hari kebumi tu juga, anak saudara nenek yang paling banyak menggesa agar cepat-cepat kebumi jenazah. Masa kebumi tu, nampak dia senyum je. "Tapi kami tak gali balik. Sebab masa jumpa ustaz tu, ustaz cakap dah terlambat. Kalau masa malam pertama mimpi tu dah gali, mesti dapat selamatkan arwah. Ni dah lebih tiga hari. Arwah dah tak ada sebab lemas dalam kubur. Umpama kami tanam arwah ayah hidup-hidup," ceritanya lagi. Tambah Wan, dia dan keluarganya berpindah dari rumah berkenaan selepas kematian bapanya kerana tidak mahu kejadian sama berulang. Kisah bapa Wan meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi tentang kejadian itu menerusi ruangan komen di aplikasi TikTok. Wan berkongsi kisah yang berlaku kepada keluarganya selepas seorang perawat memuat naik video mengenai kewujudan sihir mati atau 'kunci roh'. Sebagai peringatan, umat Islam dilarang sama-sekali untuk terlibat dalam sebarang amalan sihir yang bertentangan dengan ajaran agama serta al-Quran. -CARI Sumber: mStar
|
B40tastePosh replied at 5-9-2023 06:20 PM
Macam macam la....sebab tu kita kena amalkan surah surah cam Al Mulk.
grouper replied at 5-9-2023 08:01 PM
Klau org kena heart attack pun berpeluh gak..patut hantar hospital le. Pandai2 umumkan kematian send ...
tumpanglalu74 replied at 5-9-2023 08:08 PM
Eddyka Yusof perawat tu pon ade cerite pasal bende ni. Sejak akhir2 ni memang servis ini la yang pa ...
grouper replied at 5-9-2023 08:01 PM
Klau org kena heart attack pun berpeluh gak..patut hantar hospital le. Pandai2 umumkan kematian send ...
slavehunter replied at 5-9-2023 08:56 PM
Seram yea. Tapi sihir santau ni memang boleh bagi mati, mula2 bagi sakit menderita sampai mati. Kit ...
punchup replied at 5-9-2023 08:02 PM
Surah Al Mulk untuk pendinding ke
jazaa100 replied at 5-9-2023 10:20 PM
Selalunya santau end up dpt kanser.....
Sbb akn attack dada & perut.....
Jin sendiri ngaku org tu ...
ADVERTISEMENT