Seorang lelaki yang dikatakan mempunyai barah pada bahagian paru-paru berdepan dengan kejadian yang lebih aneh daripada sekadar menghidap penyakit tersebut. Artyom Sidorkin mempunyai simptom mengalami barah pada paru-paru kerana sering berasa sakit pada bahagian tersebut selain batuk berdarah.
Bagaimanapun doktor terkejut kerana menemukan anak pokok setinggi 5cm sedang tumbuh pada bahagian paru-paru lelaki berusia 28 tahun tersebut. DailyMail melaporkan kelaki Rusia tersebut bagaimanapun selamat menjalani pembedahan membuang pokok dalam paru-parunya. Peristiwa aneh itu berlaku pada tahun 2009. Menurut pakar, pokok tersebut mungkin mampu tumbuh di dalam paru-paru lelaki tersebut selepas dia tersedut anak benih yang sedang bertebaran. Sidorkin pula mengaku lega kerana selepas pokok tersebut berjaya dibuang, dia sekurang-kurangnya tahu tidak menghidap barah. -CARI
|
dekmieDandy replied at 5-9-2023 05:41 PM
cam mana pokok tu tumbuh takde matahari???
ni bukan kes time telan makanan termasuk paip lain ke
ADVERTISEMENT