Kehidupan seorang pemuda berubah sepenuhnya apabila terpaksa merelakan sebelah kakinya dipotong. Menurut Mahathir, sebelah kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis kira-kira seminggu sebelum ketibaan Ramadan tahun ini.
Dia turut mendedahkan mengenai ketagihannya yang suka minum air berkarbonat. “Sebab kencing manis... saya minum lebih air (manis) daripada makanan. Balik sekolah je beli, balik sekolah je beli,” katanya menerusi media sosial. Selepas ‘kehilangan’ kaki kiri, Mahathir mengakui mengalami kesukaran untuk berjalan sehingga membataskan pergerakan dan aktiviti. “Rasa susah nak berjalan. Fikir juga kita nak berjalan susah, kerja pun susah,” ujarnya yang pernah bekerja di sebuah restoran makanan segera di Kuala Lumpur selama lebih setahun. Bagaimanapun, dia masih berharap agar diberi peluang untuk terus mencari rezeki.
“InsyaAllah kalau ada rezeki masuk (kerja). Kalau tak ada, cari rezeki lain,” katanya lagi menerusi video yang tular di TikTok. Menerusi video itu juga, Mahathir bersyukur dan meluahkan kegembiraannya apabila menerima tajaan kaki palsu daripada badan amal, PruBSN Prihatin. “Saya amat gembira dapat berjalan. Terima kasih kerana membantu keluarga kami,” kata Mahathir menerusi video berdurasi satu minit dan 23 saat yang menunjukkan dirinya berlatih berjalan menggunakan kaki palsu. Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa Mahathir dan perkongsian kisahnya memberi keinsafan kepada banyak pihak. Mereka mulai sedar untuk menitikberatkan soal kesihatan terutama mengawal pengambilan gula dalam pemakanan seharian. Pada masa sama, segelintirnya turut memberi kata-kata pembakar semangat supaya anak muda itu tabah menjalani kehidupan. “Mahalnya sebuah kesihatan. “Kasihan juga sebab muda lagi. “Terima kasih sebab FYP (for you page). Memang auto insaf. “Tak apa dik, perkara dah berlaku. Jangan putus asa, teruskan jaga kesihatan selepas ini. Moga dimurahkan rezeki. Menurut akaun TikTok Kedidi_Kakipalsu yang membuat perkongsian video itu, orang ramai dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan pentingnya kesedaran tentang pemakanan. -CARI Sumber: mStar
|
prince_marhaen replied at 5-9-2023 03:02 PM
sian..muda lagi... kencing manis ni segala sensor kau pun dah kurang boleh pakai dik, termasuk cikne ...
kalchi replied at 5-9-2023 01:46 PM
Omg dik 21 umur kau. Org lain pls amik pengajaran. Stop gula putih dan jgn makan kueh or roti hari h ...
supernaturalee replied at 5-9-2023 04:18 PM
tu nasib lagi kena potong kaki je
cer klu kena diabetes tu dia attack konek jgk
x memasal kena pot ...
prince_marhaen replied at 5-9-2023 07:02 AM
sian..muda lagi... kencing manis ni segala sensor kau pun dah kurang boleh pakai dik, termasuk cikne ...
liyamariska replied at 5-9-2023 07:11 AM
kesian kt adik nih sbb di usia muda hilang sebelah kaki akibat diabetes... ai pn skrg cuba jaga pema ...
pooh~key replied at 5-9-2023 09:04 PM
Awat gula perang boleh makan ke sis? Sama jah tak elok jugak sis.
kalchi replied at 5-9-2023 09:16 PM
Seangkatan la sistur...nk kne list semua ka
ADVERTISEMENT