CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Resah Anak Gadis 14 Tahun Lari Dengan Teman Lelaki, Alasannya Nak Healing

5-9-2023 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4871| Komen: 58

JASIN – Seorang remaja perempuan, Nurwada Asmadi, 14, dilaporkan hilang dipercayai telah melarikan diri bersama teman lelaki yang tidak dikenali oleh keluarganya, sejak kelmarin.

Laporan polis berhubung kejadian diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada pukul 10.32 pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, “Polis menerima satu laporan mengenai kejadian orang hilang yang berlaku kelmarin kira-kira pukul 6 pagi di sebuah rumah di Kampung Chohong, Chin Chin dekat sini.


Foto: Kosmo

“Siasatan awal mendapati remaja terbabit dipercayai telah keluar rumah mengikut teman lelaki yang tidak dikenali keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Tambahnya, remaja perempuan berkenaan masih bersekolah dengan butiran fizikal berketinggian sekitar 160 sentimeter dan berat 50 kilogram.


“Dia ada meninggalkan sekeping nota memberitahu ingin keluar rumah untuk tenangkan diri dan kita percaya dia turut membawa beg bersamanya.

“Pegawai penyiasat telah menemui pihak pengurusan sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut, setakat ini kita syaki teman lelakinya juga berusia belasan tahun tetapi tidak lagi bersekolah,” katanya.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Nurwada boleh menghubungi Sarjan Muhammad Fadzlan Fitri Mis di talian 018-3511594 atau 06 – 529 2222 (sambungan 319) atau mana-mana balai polis berhampiran.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 5-9-2023 01:48 PM
Healing sangattt
Quote prettyuglybabe 5-9-2023 01:57 PM
bebudak sekarang umur baru belas tapi muka dah macam 30an..
Quote CiliPadiSedap 5-9-2023 01:57 PM
prettyuglybabe replied at 5-9-2023 01:57 PM
bebudak sekarang umur baru belas tapi muka dah macam 30an..

sbb banyak tgk cerita korea.
Quote midori888 5-9-2023 01:57 PM
prettyuglybabe replied at 5-9-2023 01:57 PM
bebudak sekarang umur baru belas tapi muka dah macam 30an..

kan....nampak mcm dah 30an jer...
Quote brego 5-9-2023 02:00 PM
esok balik rumah, perut bunting

kesan dari healing
Quote umie 5-9-2023 02:15 PM
Biaq pi lah...dah kenyang sok balik lah umah tu. Tak payah susah2 cari. Polis pun banyak lagi kerja nak buat.
Quote epullipan 5-9-2023 02:17 PM
brego replied at 5-9-2023 02:00 PM
esok balik rumah, perut bunting

kesan dari healing

selalu nya camtu..tak bunting da lobos
Quote iolss 5-9-2023 02:21 PM
xtau nk komen apa.. pangaruh bebas zmn skrg.. pggunaan internet tanpa batasan.
dlu i 14thn main lompat2 getah je dgn adik kt laman rmh. ckp time msk rmh mandi solat maghrib. klau by 7 xmndi, mampuih kn bebel dgn mak abah. rindunya zaman tu
Quote Buritan 5-9-2023 02:27 PM
iolss: xtau nk komen apa.. pangaruh b ...


Itu sbb mak ko dan ko budak baik.. dedulu pun ade dah lari rumahhh cuma bilangannya tak seramai skrg..
Quote cikatilia 5-9-2023 02:29 PM
aii ya ampon 14 ke dek.. kalau kata 34 pon acik caya
Quote laksmanabentan 5-9-2023 02:54 PM
kerlass ko dekkk.... healing sgt....
Quote syamzana 5-9-2023 03:04 PM
healing kulur kilir sapa la introduce jadah ni.
kerja buat apa laa anak gigih nak healing sgt tu.
sebaya anak iols ni, gerun jugak dok kutok anak org skali anak kita pun lbh krg.
2 hari dah silent treatment kat anak iols, gara2 dia merempan blk tuisyen lewat ahad baru ni.cikgu tahan suh siapkan hw. buat je la smpai siap tu pun nak merempan.
skrg dok tggu depan centre tggu habis kelas.
bdk2 zaman skrg ni apebenda laaa yg depa dok serabut sgt tatau laa.
Quote Skuau 5-9-2023 03:36 PM
brego replied at 5-9-2023 02:00 PM
esok balik rumah, perut bunting

kesan dari healing

bnyk nau MAKAN angin...
Quote kerunai 5-9-2023 03:37 PM
ni lah generasi Z zaman skang punya style ..punoh ranoh
Quote Skuau 5-9-2023 03:38 PM
syamzana replied at 5-9-2023 03:04 PM
healing kulur kilir sapa la introduce jadah ni.
kerja buat apa laa anak gigih nak healing sgt tu.
se ...

bila...'KEMAJUAN(la sgt)...tak seiring dgn akal dan minda...yg dipaksa keras untuk menerima perubahan yg mendesak.Betul tak???()
Quote koko2 5-9-2023 03:54 PM
kerunai replied at 5-9-2023 03:37 PM
ni lah generasi Z zaman skang punya style ..punoh ranoh

lLahir 1990-1999 Gen Z
Lahir  2000 - 2010 Gen Alpha
lahir 2011-2011 Gen Beta
Quote cranell 5-9-2023 04:20 PM
healing apanya, nak berjimak la tu
Quote sharlenetexas 5-9-2023 04:22 PM
Mmg realiti sekarang budak umur 14 dah gatal b*r*t. Tambah2 lagi yg kena buang sekolah. Dulu2 selalu duk mengata anak2 kokesen umur 14 dah hilang dara.

Quote sharlenetexas 5-9-2023 04:24 PM
Mak pak b40 punya open minded pemikiran. Kalah london paris new york. Jantan raba2 anak dia depan rumah pun takpe.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.178481 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top