CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Filem Lama Masuk Fyp, Ahmad Idham Nasihat Pengarah Baru Tak Cepat 'Koyak'

5-9-2023 10:49 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2708| Komen: 0

Pengarah Ahmad Idham menasihati pengarah muda supaya jangan mudah melatah jika berdepan kecaman netizen mengkritik karya mereka.

Mengulas mengenai perkara itu, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 49, berkata, kritikan dan kecaman adalah sebahagian daripada perjalanan seorang pengarah.



Justeru itu, kritikan haruslah dipandang daripada sudut positif dan bukannya negatif.

“Saya tengok sekarang ramai pengarah baharu cepat ‘melompat’,

“Nasihat saya pada mereka rilek sikit sebab kritikan adalah sebahagian daripada perjalanan seni kita sebagai pembuat filem.

“Cuma bagaimana cara tangani kecaman tersebut, kalau komen membina kita terima kritikan itu tapi kalau menghina abaikan saja,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Idham baru sahaja selesai penggambaran filem Anak Perjanjian Syaitan 2 yang dibarisi pelakon utama seperti Eyka Farhana, Alif Satar dan Fasha Sandha.



Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.036081 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top