Gambar tulat memaparkan dua pelanggan wanita bersama seekor anjing di dalam sebuah restoran mamak di Bukit Sentosa, Rawang ternyata menimbulkan kemarahan ramai. Menurut pemilik Facebook Tahir Salam, pekerja restoran memberikan teguran selepas menyedari salah seorang daripada mereka membawa seekor anjing ke dalam premis berkenaan.
"Mula-mula seorang yang order makan. Lepas dah hidang dan pekerja kalih (toleh) ke belakang dan layan orang lain, tiba-tiba seorang lagi datang dengan anjing tapi pekerja tak perasan. "Selepas nampak dia pergi tegur dan mereka mohon maaf dan terus beredar," tulis Tahir Salam yang dipercayai pengusaha restoran berkenaan. Dia turut memuat naik beberapa foto, memaparkan seorang pekerja sedang membersihkan kerusi serta meja yang digunakan pelanggan berkenaan. "Bukan berlakon ya. Benda dah terjadi, Yang penting kita ambil tindakan atas dasar tanggungjawab sebagai orang Islam," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, ramai netizen menyelar tindakan pelanggan yang membawa anjing ke restoran berkenaan. Pada masa sama, netizen turut memuji tindakan pantas restoran itu yang terus membersihkan kerusi serta meja berkenaan. "Kes selesai. Ambil ni sebagai pengajaran untuk kita semua. Kalau nampak di mana-mana, terus tegur dan beritahu owner kerusi meja tak boleh digunakan lagi. "Terima kasih kerana kepekaan dan prihatin pihak pengurusan. Salute. "Alhamdulillah, sepatutnya dan semoga semua faham dah adab dan ilmu pelihara binatang," tulis beberapa netizen. Menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor, anjing dikategorikan sebagai najis mughallazah iaitu najis berat yang apabila disentuh wajib disertu. -CARI Sumber: mStar
|
kelapaparut replied at 5-9-2023 11:46 AM
kat msia je melayu mudah sentap terbakar dgn aksi anjing ni, kat istanbul anjing siap naik mrt lagi ...
s@s@ replied at 5-9-2023 12:30 PM
baru aku tau kat malaysia xde anjing kat atas jalan....
s@s@ replied at 5-9-2023 12:30 PM
baru aku tau kat malaysia xde anjing kat atas jalan....
CiliPadiSedap replied at 5-9-2023 12:59 PM
actually sertu xperlu melainkan kawasan anjing duduk tu confirm ada najis atau tinggal kesan.
dah j ...
prettyuglybabe replied at 5-9-2023 01:17 PM
i pun faham macam tu..
cukup kita basuh dengan sabun dan air je..
sertu kalau kita pegang kena ku ...
kelapaparut replied at 5-9-2023 11:46 AM
kat msia je melayu mudah sentap terbakar dgn aksi anjing ni, kat istanbul anjing siap naik mrt lagi ...
kelapaparut replied at 5-9-2023 11:46 AM
kat msia je melayu mudah sentap terbakar dgn aksi anjing ni, kat istanbul anjing siap naik mrt lagi ...
ADVERTISEMENT