Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita dipercayai Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) merakam video dalam ambulans yang sedang bergerak disifatkan seperti tidak bertanggungjawab dan melanggar etika kerja penjawat awam.
Lebih menjengkelkan lagi, kelakuan yang dipamerkan dalam video berkenaan amat tidak sopan dengan menjelirkan lidahnya dan memberikan ciuman tanpa diketahui motif sebenar tindakannya. Bukan setakat itu saja, apa yang mengejutkan ialah wanita itu seolah tidak mempedulikan etika sebagai penjawat awam dengan merakam video dan kelihatan wajah pesakit di dalam ambulans itu. Malah wanita itu juga sempat menulis kapsyen 'sempat lagi berlumba-lumba' dalam satu video lain berdurasi 19 minit, namun tidak dipastikan sama ada ia merujuk kepada ambulans yang dipandu laju atau kereta yang sedang berada di atas jalan raya itu juga.
Berikutan tindakan tidak beretika itu, wanita itu dikecam netizen kerana tidak profesional dalam menjalankan tugasnya kerana boleh mengundang persepsi negatif terhadap perkhidmatan berkenaan, menurut berita dipetik dalam NST. Pengguna @Sxha Zara berkata, jelas bahawa wanita itu bukan seorang jururawat, tetapi seorang Pembantu Perawatan Kesihatan. Jangan menuduh bahawa video itu adalah perbuatan seorang jururawat. Bagi @Kussia Ibrahim, beliau berkata, PPK patut diberi pakaian seragam berwarna supaya jururawat tidak terpalit kebencian. "Semuanya perlu dimuat naik, kan? TikTok dan sebagainya. Waktu bekerja adalah untuk bekerja sahaja," kata pengguna @Zahariah Mohd Nasir. Sumber: BH Online
|
CatMiow: Ppk ni tudung, baju tak de lac ...
ADVERTISEMENT