Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan hilang selepas pulang dari sekolah pada Sabtu. Susulan kehilangannya, penduduk kampung melakukan pencarian sehingga menemukan mayat mangsa dalam keadaan mengerikan pada pukul 9.30 malam di dalam semak.
Tribun Medan melaporkan, penemuan berlaku di Bengkalis, Riau di Indonesia, pada Sabtu malam. Kepala mangsa berdarah sewaktu mayatnya ditemukan dalam keadaan terbaring. Malah, turut ditemui adalah sebatang buluh panjang di atas perut mangsa. Penemuan mayat mangsa disahkan oleh Ketua Polis Bengkalis, AKBP Setyo Bimo Anggoro pada Isnin. “Setelah dikenal pasti, mangsa berusia 13 tahun daripada Kampung Balai Raja,” jelasnya.
Dilaporkan, mangsa dipercayai menjadi mangsa rogol dan dibunuh oleh tiga pelajar senior. Berdasarkan siasatan awal, motif pembunuhan dipercayai disebabkan cinta pelaku ditolak mangsa. Setakat ini, seorang suspek telah ditahan, manakala dua lagi masih diburu polis. -CARI Sumber: mStar/ Tribun Medan
|
ADVERTISEMENT