“Bukan pembedahan plastik tetapi saya suka guna ‘filter’ ketika berswafoto.” Demikian respons pelakon Daiyan Trisha yang menafikan dakwaan mengubah bahagian tertentu pada wajah sebaliknya menegaskan perbezaan berkenaan adalah disebabkan penggunaan aplikasi ‘filter’ ketika berswafoto.
Malah, pemilik nama sebenar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin itu menyifatkan dakwaan dilemparkan netizen itu sebagai salah faham. “Saya suka guna filter tidak kira dalam Instagram mahupun TikTok terutama ketika swafoto yang mungkin menyebabkan wajah saya kelihatan agak berbeza. “Saya memang tidak buat apa-apa pembedahan plastik, semuanya adalah kurniaan semula jadi Tuhan untuk saya dan sangat bersyukur. “Orang boleh kata apa sahaja, kalau bersemuka dengan saya mereka akan temui jawapan,” katanya. Meski dikecam, aktres berusia 30 tahun itu enggan ambil pusing terhadap dakwaan terbabit kerana yakin orang ramai bijak menilai.
“Lagipun, mereka (netizen) boleh tengok sendiri sama ada gambar tersebut guna filter ataupun tidak. Kalau guna mesti akan keluar di atas atau penjuru gambar tersebut filter yang saya gunakan. “Dunia sekarang sudah moden, banyak kemudahan dan teknologi baharu yang boleh kita gunakan dalam media sosial,” tegasnya. Terdahulu, dakwaan sama pernah dilempar terhadapnya, namun pelakon bertubuh genit itu berdiam diri kerana berpendapat dirinya ada hak untuk tidak memberi justifikasi terhadap setiap perubahan. Sumber: Kosmo! Online
|
heythere123 replied at 4-9-2023 09:03 PM
kenyataan berani mati gittew
Hoshhi replied at 4-9-2023 09:08 PM
Dari jauh pun dah tahu muka reno dia. Dengan hidungnye yang menonjol
Hoshhi replied at 4-9-2023 09:08 PM
Dari jauh pun dah tahu muka reno dia. Dengan hidungnye yang menonjol
virgocircus replied at 5-9-2023 10:47 AM
Si yoo ah in Korean aktor yg ketagih drugs propofol anesthesia gara2 terlalu obses buat surgery la.. ...
ADVERTISEMENT