CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ditahan, Libas Pisau Cederakan Jiran Ketika Mabuk

4-9-2023 08:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1675| Komen: 2

Gombak: Seorang lelaki ditahan selepas mencederakan jirannya dengan pisau dalam keadaan mabuk ketika bergaduh di Kampung Kuala Garing Selatan, Rawang, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang cedera akibat pergaduhan itu.



Katanya, kejadian pada pukul 7.29 malam itu berlaku selepas mangsa menerima panggilan daripada kakaknya yang memaklumkan jirannya membuat bising.

“Selesai wanita berusia 43 tahun itu membuat panggilan, mangsa yang tiba di lokasi tersebut bertengkar dengan jirannya.

“Suspek kemudian mengambil sebilah pisau dan bertindak menyerang mangsa sebelum terkena jari tangan kiri dan kanan mangsa.

“Mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian jari tangan kiri dan kanan mendapatkan rawatan di Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas Noor Ariffin, pihaknya memberkas suspek yang juga lelaki tempatan berusia 42 tahun disyaki terlibat dalam kes berkenaan sekitar pukul 2.30 petang, di kediamannya sekitar lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati ketika kejadian suspek dibawah pengaruh alkohol sebelum membuat bising dengan bercakap kuat dan keluarkan kata-kata kesat kepada kakak mangsa yang menegur perbuatannya itu.

“Polis juga merampas satu senjata tajam yang diubahsuai daripada suspek,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh hubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Ahmad Fatrah Amirul di talian 013-3122600 atau 03- 61262222,” katanya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 5-9-2023 03:34 AM
Nak tau kaum aje.. selalunya mabuk nii kaum tuuu.. tp laa ni mulayu pun dah start mabuk todi jgk

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.174020 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top