CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mizz Nina, Suami Sanding Di KL

4-9-2023 08:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 17770| Komen: 136

Dua bulan selepas melangsungkan pernikahan, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina melangsungkan majlis resepsi bersama suami iaitu Essam Muhammad secara tertutup pada malam Ahad.

Pasangan berkenaan dipercayai mengadakan majlis tersebut di Boathouse, Ampang yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan mempelai.



Menerusi foto yang dikongsi Instagram jurusolek Fazz Ariffin memaparkan dia menata rias Nina atau Shazrina Azman di hari bahagianya itu.

Pada malam itu juga, Nina, 43, mengenakan persalinan berona putih rekaan Ezzati Amira sedondon dengan jubah yang digayakan Essam.

Sementara itu, salah seorang rakan Nina berkongsi sekitar majlis yang berlangsung di Instagram selain turut mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Menerusi video tersebut, senyuman tidak lekang daripada wajah Nina dan Essam sambil menyapa tetamu yang hadir.



"Senyuman itu, Masha-Allah. Tiada kata yang boleh diterangkan macam mana saya bahagia untuk awak," luahnya.

Meninjau ke Instagram Nina dan Essam, pasangan itu bagaimanapun belum berkongsi sebarang foto atau video mengenai majlis kenduri yang diadakan.

Pada Jun lalu, Nina mendedahkan sudah kembali mendirikan rumah tangga buat kali kedua dan majlis pernikahan dengan Essam dipercayai berlangsung di Amerika Syarikat.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri kaum keluarga dan sahabat terdekat.

Nina juga ketika itu memaklumkan mereka akan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur dalam masa terdekat secara tertutup bagi meraikan pernikahan mereka.


Untuk rekod, Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun mengumumkan penceraian pada 4 Ogos tahun lalu.

Mereka memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote virgocircus 4-9-2023 08:05 PM
Congrats mizz Nina n hubby!
Quote Rogue98 4-9-2023 08:09 PM
Rasa tenang jer majlis diaorang ni...and she seems so happy.
Quote divalaura 4-9-2023 08:15 PM
sesuai betul couple ni..
Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat
Quote sukacactus 4-9-2023 08:36 PM
Aku pulak yg tumpang senyum tgk pasangan pengantin ni
Semoga berbahagia
Quote lyshafull 4-9-2023 09:02 PM
Makeup dia lawa sesuai dngn tona muka dia
Quote jihyomelly 4-9-2023 09:03 PM
moga berbahagia la memasing...manis senyuman..
Quote Sesuatu… 4-9-2023 09:46 PM
Sempoi laki dia pakai sports shoes jah bersanding
Quote Tunan 4-9-2023 09:49 PM
Mcm muka Yuna mekap mcm tu
Quote cmf_premierleag 4-9-2023 09:51 PM
Kaka pira therefore therefore pun hadaa...kali ni by the way lak
Quote lanacondor 4-9-2023 09:57 PM
Cantik... Selamat pengantin baru Nina Dan suami..
Quote zuriey 4-9-2023 10:05 PM
Jah zombi tak di jemput kah
Quote Heydidle 4-9-2023 10:10 PM
Tu diaaa # pira berjela tak hengat hahaha
Quote jureencute 4-9-2023 10:10 PM
Mizz Nina masih jaga musa ke
Quote dua_chzy 5-9-2023 04:23 AM
Amekaw Mizz Nina pakai macam biarawati, nitijens terpaling tanak kecham?
Quote amarakasih 5-9-2023 04:37 AM
Suka baju MN dengan cover camtu
Quote zeetot 5-9-2023 06:53 AM
Bumped into them in pavi hari merdeka.
Quote DeLuna85 5-9-2023 06:59 AM
Mizz nina tolong jangan kepamkan diri lagi. Wangi dah nampaknya ni
Quote LadyCarefree 5-9-2023 07:24 AM
iols sorang je ke yg rasa fake vibes from both? hehe
Quote dua_chzy 5-9-2023 08:08 AM
LadyCarefree replied at 4-9-2023 11:24 PM
iols sorang je ke yg rasa fake vibes from both? hehe

Nope. Aiols pon berhati hitam.

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.265406 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top