CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adik Kemaruk Nak Menikah Bengang Kakak Tak Hulur Duit Bantu Untuk Kahwin

4-9-2023 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6438| Komen: 88

Seorang individu cuba mengambil jalan mudah dalam menikahi pasangannya dengan meminta bantuan kewangan kakaknya.

Menerusi Twitter, individu berkenaan terkilan kerana keengganan kakaknya menaja perkahwinannya.


"Aku berumur 24 tahun, nak kahwin tahun depan. Bulan lepas aku ada juga cuba minta kakak aku sponsor sedikit untuk majlis aku.

"Tapi dia berkeras tak nak keluar duit untuk aku. Aku minta ibu bapa aku tolong tanyakan pun sama, dia (kakak) marah dan terus keluar rumah, sampai diorang dah tak nak cakap pasal ni," ujar inidvidu tersebut.

Gambar Hiasan

Lebih menjengkelkan apabila individu terbabit cuba menggambarkan kakaknya sebagai seorang yang kedekut kerana tidak mahu berkongsi rezeki.

"Kakak aku dah 34 tahun, tak ada plan nak kahwin pun dan banyak duit.

"Setiap tahun bercuti luar negara, setiap bulan bawa keluarga makan sedap, selalu beli-belah macam-macam.


"Jadi apa salahnya tolong adik sendiri, kenapa kena pentingkan diri sangat? Aku dah setahun balik kerja seharian, lepas tu masuk kerja sambilan pula, tapi dia tak kesiankan aku pun," kata individu itu menutup bicara.

Di ruangan komen rata-rata warga maya seperti tidak percaya adakah individu tersebut benar berfikiran waras.

"Ini tak mungkin betul. mustahil ada manusia sebengap ini minta duit daripada orang apabila diri sendiri nak kahwin.

"Kakak kau pergi bercuti ada dia minta sponsor kau, kau nak kahwin, kau la kena sponsor diri kau sendiri.

"Maaf tapi kalau anda tak mampu nak keluar duit untuk majlis perkahwinan sendiri, adalah lebih elok anda bermuhasabah diri. Kalau mereka yang tawar duit untuk bantu, itu lain cerita. Dah kahwin nanti lagi banyak nak kena keluar duit.

"Tebalnya kulit awak ni, dah macam kulit biawak, tak tahu malu ke nak mengemis duit kakak, awak tu yang nak kahwin sekarang ni," kata sebahagian warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 4-9-2023 05:48 PM
Kalau dh xmampu xpyh la kawen. Kang dh kawen menyusahkan mak bpk ko dan keluarga nak Sara ko dgn laki ko pulak.
Quote kakikuDibibirmu 4-9-2023 05:53 PM
@kemaruk tersenyum sinis
Quote grouper 4-9-2023 05:55 PM
Sape adik kemaruk tu
Quote Thunderclouds 4-9-2023 05:58 PM
Omaigad...mmg ada ye adik bradik mcm nih
Sengkek,malas tp gigih kira reta adik bradik sambil² tarbiyah utk kongsi rezeki ngn depa.
Dasar yachhhhh..
Eh,kwn² pon ada spesis gini time nk pinjam duit. Dok ungkit kita mampu sekian²,xkan nk pinjam $$$ pn bkira ngn kwn²..
Puhliss..urghh
Quote kakikuDibibirmu 4-9-2023 06:08 PM
Thunderclouds replied at 4-9-2023 05:58 PM
Omaigad...mmg ada ye adik bradik mcm nih
Sengkek,malas tp gigih kira reta adik bradik sambil² tarb ...

Mulayu kalu kita bagi pinjam duit, memang taubat lahum dia takkan bayar balik punya, hidup-hidup kena pau
Quote kakikuDibibirmu 4-9-2023 06:08 PM
grouper replied at 4-9-2023 05:55 PM
Sape adik kemaruk tu

@kemaruk punya adik
Quote lanacondor 4-9-2023 07:10 PM
Thunderclouds: Omaigad...mmg ada ye adik brad ...
ye. Lg kalau ko kje bank.. mcm bodoh je masing2.
Quote akusukaq 4-9-2023 07:17 PM
Jangan esok bini  dah nak meneran kepala anak,  ko gigeh mintak kakak duit
Quote DeLuna85 4-9-2023 08:44 PM
Entah betul ke tidak kisah mi tapi yang pasti manusia mcmni memang wujud
Quote DeLuna85 4-9-2023 08:45 PM
Lepas tu nanti dah beranak pun minta akak hulur duit susu
Quote Ayda89 4-9-2023 08:53 PM
Ni kalau dibantu kahwin sah2 bini beranak,anak petama,anak kedua dan seterusnya pun dia suruh sponser atas alasan kakak andartu taknak kawin jadi duit tak luak
Quote shernazz 4-9-2023 09:06 PM
MCM.kawan iols.lah
Dia andartu...
Umo 40an dah pung...
Adik2 semua ada Anak..
Pastu tiap2 Bulan nak soh kawan iols jaga...
Memula.okay jah..
Lama lama..malas kawanniols nak.layan
Hahaha..Serah bulat2 utk kawan.iols jaga...

Skali skala.okay tp tgk.mcm.mengambil.kesempatan.punh.ada.dia Kata..
Quote tahanie 4-9-2023 10:01 PM
Betul2 wujud ke senario ni? Manusia sekarang kenapa macam tak boleh berfikir?
Quote ninja boy 4-9-2023 10:14 PM
Anak bongsu perabis duit taw, kakak2 abang2 bagi duit kat si mak utk belanja bulan2 tup2 mak bagi duit kat si bongsu kemudian mak2 ckp xde duit ke hulu hilir taw. Dah dibiasakan manja semua tak usaha sendiri tak susah2, nak kawen minta lah wang bakal suami
Quote sharlenetexas 4-9-2023 10:18 PM
Tandanya heols tak mampu sara bakal bini dan bakal anak2.

Quote sharlenetexas 4-9-2023 10:19 PM
Harap kakak dia kawin cepat2. Beranak cepat2.

Quote jari10 4-9-2023 10:43 PM
Thunderclouds replied at 4-9-2023 05:58 PM
Omaigad...mmg ada ye adik bradik mcm nih
Sengkek,malas tp gigih kira reta adik bradik sambil² tarb ...

Memang ada maknusia suka mengira rete duit ringgit orang lain..then berkira2 pulak berapa dia boleh dapat drp rete orang tu
Quote jlo 5-9-2023 08:37 AM
coiii nak kawen pun mintak kakak sponsor
Quote pokokmeranti 5-9-2023 08:43 AM
I dulu sponosor lembu seekor. sbb masa i kawin ada adik beradik lain yg sponosor sorang sikit. setiap keluarga mmg berbeza. tapi tak salahkan setiap ahli memainkan peranan tolong menolong.

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.045026 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top