CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat Ringan Terhempas Ketika Parti Dedah Jantina Bayi

4-9-2023 03:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2269| Komen: 10

Mexico City: Sebuah parti mendedahkan jantina bayi dalam kandungan di Mexico, semalam, berakhir dengan tragedi selepas sebuah pesawat terhempas, membunuh juruterbang itu.

Di hadapan papan tanda yang berbunyi, 'Oh, Baby', rakaman yang dikongsi secara meluas di media sosial menunjukkan pesawat itu 'melambung' di atas sebuah ladang di kawasan pedalaman Navolato, Sinaloa.


RAKAMAN Insiden berkenaan turut dimuat naik di media sosial. FOTO Agensi

Ibu dan bakal bapa dalam parti itu dilaporkan mengupah pesawat kecil untuk terbang di atas Laguna de San Pedro dan melepaskan air berwarna untuk mendedahkan jantina bayi mereka.

Metro UK melaporkan tetamu bersorak ketika pesawat di udara melepaskan air merah jambu, manakala konfeti merah jambu dilepaskan di parti itu.

Tetapi tanpa disedari oleh sesiapa, pesawat itu tiba-tiba mula menjunam, dengan video menunjukkan satu daripada sayapnya melengkung di udara.


Luis Angel, 32, dari Navaloto, adalah juruterbang pesawat Piper PA-25-235 Pawnee berwarna putih itu, lapor media Mexico Linea Directa Portal.

Nahas dilaporkan kepada pihak berkuasa kira-kira 6:30 petang.

Berdasarkan rakaman, juruterbang cuba untuk membuatkan pesawat naik untuk mengelak daripada terhempas di pokok palma.

Perkhidmatan kecemasan tiba di tempat kejadian dan melakukan pertolongan cemas terhadap Angel yang ditemukan terbaring di dalam serpihan pesawat.

Dalam satu gambar yang lebih jelas, paramedik mengelilingi Pawnee yang parah.

Lelaki itu dibawa ke Institut Keselamatan Sosial Mexico di Navolato, tetapi disahkan meninggal dunia, tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, tiada individu lain terbabit kejadian itu.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 4-9-2023 07:28 PM
Semakin mengade2 parti gender reveal ni.  Jangan esok2 jadi pondan sudah..
Quote KamikuP 5-9-2023 03:06 PM
Mohon influencer tanahair buat mcm ni tapi kapal terbang tu menjunam kene influencer tu bole? ekekekeke
Quote pittjie 5-9-2023 03:35 PM
aku ni old school. mmg menyampah la dgn parti reveal gender baby ni. org2 kita pun suka la sgt terikut2 dgn benda2 merapu cam ni. yiih sgt.
Quote vanillaninja 5-9-2023 03:45 PM
I tengok video ni. This couple boleh pulak berpeluk kegembiraan lepas plane tu menjunam. Theyols tak perasan.
Quote Suchi 5-9-2023 04:24 PM
Bahaya betul, kalau terhempas atas ibu mengandung tu cemana?
Takyah la buat menda2 yg bahayakan nyawa tak memasal mati pilot tu.
Quote sharlenetexas 5-9-2023 04:25 PM
Kapal terbang xde wat mentenen ke?

Quote Fly_over 6-9-2023 11:58 AM
jet tu terbang rendah. pastu sayap jet tu mcm reput je. mcm tak kukuh.
Quote bakingsoda 6-9-2023 12:03 PM
letak la bideo skali. ke hijab aku yg tertutup tak nampak
Quote Atata 6-9-2023 12:44 PM
tumpanglalu74 replied at 4-9-2023 07:28 PM
Semakin mengade2 parti gender reveal ni.  Jangan esok2 jadi pondan sudah..

Hahah penat2 buat gender reveal bagai last2 anak nak jadi pondan

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.077009 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top