CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Salah Umum Pemenang, Sweet Qistina Mohon Maaf

4-9-2023 01:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4712| Komen: 19

Pengacara pentas akhir pertandingan Bintang Kecil 2023, Sweet Qismina memohon maaf di atas kesilapannya mengumumkan pemenang Anugerah Persembahan Terbaik ketika siaran langsung acara itu di TV2, malam tadi.


Menurut Sweet, perkara itu berlaku buat pertama kalinya dan selaku pengacara masih banyak yang perlu dipejari serta diperbaikinya.


“Maaf sangat atas kesilapan besar pihak kami.

“Saya sangat memerlukan teguran untuk memperbaiki kekurangan dan saya serius mahu belajar jadi pengacara,” tulisnya dalam Facebook.

Pelakon terbabit menjawab teguran seorang penyampai berita dan pengacara senior berhubung kesilapannya yang tular di media sosial sejak malam tadi.

Heroin drama Bidadari Salju itu mengakui kesilapan, selain menyatakan sudah melakukan persediaan awal sebelum malam kemuncak yang disiarkan di TV2 itu.

“‘Homework’ dah dibuat, mungkin tidak cukup. Kalau diberi peluang lagi, saya akan lebih banyak belajar. Maaf sekali lagi,” tambahnya.



Sweet, 25, mengendalikan program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang diadakan di Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak itu bersama aktor Azam Pitt.

Pada masa sama, orang ramai kecewa dengan kesilapan teknikal yang dilakukan kru produksi yang bertindak menghalakan lampu sorot kepada seorang peserta ketika keputusan pemenang diumumkan sehingga menimbulkan salah faham.

Farha atau Nurfarina Farha Abdul Zahir menyangka dirinya dipilih sebagai juara apabila Sweet menyebut namanya sehingga terduduk kegirangan.

Menyedari berlaku kesilapan teknikal, aktes terbabit menutup khilaf kru dengan menyatakan itu hanya gimik yang normal, sekali gus menambahkan lagi rasa tidak puas khalayak.

Bukan hanya penonton, pelayar yang mengikuti program pertandingan nyanyian membabitkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun itu di saluran penstriman turut memberikan pelbagai reaksi di laman sosial.

Rata-rata menganggap kesilapan stesen televisyen yang sudah lama bertapak itu tidak seharusnya berlaku, apatah lagi disiarkan secara langsung.


“Kasihan, sepatutnya tidak boleh berlaku perkara ini. Bintang Kecil RTM bukan benda baharu. Berkenaan pengacara, sila ambil pengacara yang profesional dan berpengalaman.

“Peringkat akhir pula dan siaran secara langsung. Memalukan,” kata seorang netizen.

“Gimik? Ini bukan masanya untuk buat gimik ye RTM. Kesian budak dah suka dia juara, sekali (rupa-rupanya) gimik. Kata maaf pun tiada. Sampah,” komen penonton lain.

Menerusi keputusan malam tadi, Farha membawa pulang RM15,000 sebagai naib juara apabila kemenangan berpihak kepada wakil Sabah, Kiki atau nama sebenarnya Fateeha Nasleen Suhailin yang mengungguli gelaran juara sekali gus layak menerima RM20,000.

Pemenang berusia 12 tahun yang berasal dari Keningau itu turut diumumkan sebagai penerima trofi Persembahan Terbaik. 


Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cokoro 4-9-2023 01:33 PM
Alaaa miss universe pun ada salah umum pemenang jgk
Quote bintangct 4-9-2023 02:08 PM
muka dia nmpk lain sgt Mekap kot
Quote sangbara2020 4-9-2023 02:13 PM
bertabahlah
Quote Burong_Hantuk 4-9-2023 02:15 PM
careless btl!!!
Quote bottompro 4-9-2023 02:32 PM
Sweet rohingya
Quote pembacagosip 4-9-2023 03:02 PM
semua job nak sapu
x semua org boleh mengacara ye
terima la hakikat
rtm pun x ada org lain ke
ntah apa2 je
Quote cikatilia 4-9-2023 03:36 PM
gugup ke excited??
Quote mizruncing 4-9-2023 03:45 PM
ingatkan dia preggy sbb besar btol perut dia masa wedding soeb wati ari tu. rupanya tak ekkk
Quote zuuu 4-9-2023 07:12 PM
Nampal lain pulak muka dia dalam gambar pakai dress putih tu
Quote sleepandream 4-9-2023 07:31 PM
tak silap dulu diva AA pun penah salah umum pemenang masa Hits1 khen
Quote nurul_akmar 5-9-2023 08:15 AM
aku tgk video dia mcm mengantuk je dia mengacara.. mcm x bermaya..
Quote lasagnaklcc 5-9-2023 08:29 AM
Sbnrnya nampak mcm salah technical crew sbb mmg lampu tu suluh kat adik Farha tu dulu, yg si sweet ni pon cover ckp gimik.
Quote Suchi 5-9-2023 08:40 AM
Kesiannya budak tu
Adoii jgn lah beri harapan pelesu
Quote markonahlah 5-9-2023 10:40 AM
3 kali drg buat silap lps tu ckp gimik
Quote virgocircus 5-9-2023 10:42 AM
Yihhh Sian budak tu mengharap.. sama kes dgn miss universe dulu.. walau bengang tetap kena senyum.. huuu
Quote KamikuP 5-9-2023 03:01 PM
RTM pon.. ambik le pengacara yg dah senior kat RTM tu berlambak.. helok22 belaka.. apoo la RTM ni
Lps pencen, meolls nak kerja kat RTM (Rehat Tunggu Mati).. bole?? ekekeke
Quote KikiHadid 5-9-2023 05:39 PM
Igtkn dia pregnant..wedding sp hari tu nmpk berisi & ad bump..x rupanya..alahhh sdgkn steve harvey berkali2 jd host mu pun silap announce..lg pny bsr event..1 dunia tgk..maafkn la adik sweet..dia muda lg blh belajar..tah la dgn si sweet ni iolls ad soft spot
Quote supernaturalee 5-9-2023 06:54 PM

bengong laaaa


Quote supernaturalee 5-9-2023 06:55 PM
sleepandream replied at 4-9-2023 07:31 PM
tak silap dulu diva AA pun penah salah umum pemenang masa Hits1 khen

bukan
pertandingan band2 tu
ape ke namanya
rtm jgk la ceritanya


Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.125700 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top