Petaling Jaya: Demi kelangsungan anak untuk menyambung pelajaran, seorang ibu sanggup menggadai gelang emas pemberian suaminya sempena ulang tahun perkahwinan untuk membeli sebuah komputer riba.
Menerusi perkongsian Nor Asiah Kamis, wanita itu bercadang untuk membeli komputer riba untuk anaknya yang bakal menyambung pelajaran tidak lama lagi. “Mak cik ini datang nak tolak gelang emas semata-mata nak beli ‘laptop’ untuk anak dia. Macam ini lah pengorbanan mak ayah kita nak bagi anak belajar untuk ubah nasib keluarga,” tulisnya di ruangan kapsyen. Jelas wanita itu, gelang emas tersebut sangat istimewa kerana ianya merupakan pemberian suaminya bagi mengenang ulang tahun perkahwinan mereka, namun dia tiada cara lain selain menggadaikannya untuk membantu anak.
“Gelang ini pak cik yang bagi, sayang lah. Tapi mak cik kena berkorban juga demi anak, dia lebih penting. Nanti ada rezeki kita cari yang lain,” tambahnya. Pengorbanan yang tiada ganti wanita itu telah meraih pujian ramai malah ada juga yang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarganya. “Sebaknya hanya mak sahaja yang faham situasi bila anak nak belajar, kita terpaksa berkorban. Tak kira apa pun, janji kita dapat bagi anak kita belajar,” tulis seorang pengguna. “Sebab itu, bila dah jadi seorang ibu, aku sanggup ikat perut demi anak-anak aku. Walaupun anak-anak aku tak pernah meminta,” komen Puteri. Sumber: Kosmo! Online
|
lanacondor replied at 4-9-2023 05:25 PM
Xdpt ptptn ke anaknya..?
EL75 replied at 4-9-2023 05:28 PM
duit ptptn bkn terus dpt..duit ptptn kadang2 2nd sem br dpt..
lanacondor replied at 4-9-2023 05:31 PM
Owh skg pny lain ye.. siannya lah..
mojarean_X replied at 4-9-2023 05:40 PM
Pinjaman ptptn jumlah dia x byk beza mcm 20 tahun lps. Tp kos sara hidup pelajar meningkat dh lah ...
mojarean_X replied at 4-9-2023 05:40 PM
Pinjaman ptptn jumlah dia x byk beza mcm 20 tahun lps. Tp kos sara hidup pelajar meningkat dh lah ...
kakikuDibibirmu replied at 4-9-2023 05:51 PM
Pensyarah nenek tua dah nak mampos Universiti Ini Tengking Melayu tersenyum sinis {:1_563 ...
ultra78 replied at 4-9-2023 06:10 PM
Nak tahu juga berapa harga laptop anak dia tu
ultra78: Nak tahu juga berapa harga laptop anak dia tu
lanacondor replied at 4-9-2023 09:43 AM
Ni kerajaan kene kaji.. offer la latihan tvet kt bdk2 ni dari ambik warga asing byk2 nk bt apa..ku ...
lanacondor replied at 4-9-2023 05:43 PM
Ni kerajaan kene kaji.. offer la latihan tvet kt bdk2 ni dari ambik warga asing byk2 nk bt apa..ku ...
gigahertz replied at 4-9-2023 07:28 PM
budak2 tvet ni pun dah xde kerja dah.
sebab Malaysia dah tak progressive macam tahun 1980an
Brand ...
kakikuDibibirmu replied at 4-9-2023 05:51 PM
Pensyarah nenek tua dah nak mampos Universiti Ini Tengking Melayu tersenyum sinis {:1_563 ...
FOTHER-MUCKER replied at 4-9-2023 05:31 PM
Gadai gelang emad pun nak masuk news ke?
lanacondor replied at 4-9-2023 05:43 PM
Ni kerajaan kene kaji.. offer la latihan tvet kt bdk2 ni dari ambik warga asing byk2 nk bt apa..ku ...
ADVERTISEMENT