CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadeera Kecewa Dikatakan Mengemis Gara-Gara Cari Penaja Muzik Video

4-9-2023 12:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 102| Komen: 0

Penyanyi Nadeera meluahkan rasa kecewa apabila menerima mesej cemuhan daripada seorang pengikut di Instagram susulan kerap memuat naik hantaran mencari penajaan untuk muzik video single terbaharunya, Emas.


Nad berkata, dia tidak memiliki rupa paras menawan atau harta dan kekayaan, namun dia masih mempunyai semangat untuk berjuang dalam industri muzik tanah air.


"Mengemis satu kata yang melukakan hati saya. Tapi saya ambil sebagai ubat yang akan terus menguatkan saya untuk meneruskan perjalanan dalam bidang yang dicintai ini.

"Baca mesej peribadi yang dihantar begini, rasa macam nak kemas beg baju sekarang, nak balik Mersing, Johor (kampung halaman). Sedih, sayu tapi apa boleh buat? Ini yang saya suka, ini yang saya pilih dan ini yang saya idamkan.

"Saya dah ada dalam industri hiburan 11 tahun, sejak Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua pada 2012 sehingga sekarang. Bayangkan masa yang saya dah korbankan untuk berada di tahap ini sedangkan tahap ini bukan megah mana pun, saya masih lagi berjuang untuk berlari dan dikenali. Cuma saya anggap program Big Stage sebagai peluang kedua untuk saya.


"Saya dah ada dalam industri hiburan 11 tahun, sejak Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua pada 2012 sehingga sekarang. Bayangkan masa yang saya dah korbankan untuk berada di tahap ini sedangkan tahap ini bukan megah mana pun, saya masih lagi berjuang untuk berlari dan dikenali. Cuma saya anggap program Big Stage sebagai peluang kedua untuk saya.

"Saya tak ada muka yang lawa, duit yang banyak atau harta yang melimpah, tapi saya ada semangat. Semangat yang tak akan luntur untuk terus berjuang," katanya.


Menurut Nad, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia mahu mencari rakan kerjasama untuk muzik video single terbaharunya itu.

"Saya bukan siapa-siapa, jadi saya perlukan kerjasama dengan mereka yang berpengalaman. Bukan mengemis tetapi mahu belajar sesuatu dan berkongsi ilmu.

"Bagi mereka yang sokong saya, terima kasih ikhlas dari lubuk hati. Teruskan sokong single Emas," katanya.

Terdahulu, Nadeera memuat naik mesej cemuhan seorang pengikut yang berasa rimas dengan hantaran pencarian rakan penaja yang dibuatnya hampir setiap hari.

"Tak habis-habis la kerjasama. Lawak la. Lagu dah sedap dah tapi bila tengok Instagram Story pening pulak. Aku tengok hari hari kau muat naik begini. Nak jadi penyanyi atau nak jadi pengemis?," tulis pengikut terbabit.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.044382 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top