CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Iklan Pelaburan Palsu Guna Gambar, Nama Bekas Mufti

4-9-2023 12:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1782| Komen: 3

Shah Alam: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis daripada Mohd Tamyes, jam 9.43 malam tadi, berhubung sebuah iklan pelaburan.

Katanya, iklan tersebut menggunakan nama dan gambar bekas Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, adalah palsu.


Hussien Omar Khan

"Polis menafikan iklan yang dilaporkan di Facebook atas nama Investor City menggunakan nama dan gambar bekas Mufti Selangor.

"Sehubungan itu, iklan terbabit adalah palsu dan tiada kaitan dengan Datuk Mohd Tamyes.

"Laporan polis berkenaan sudah dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan terperinci," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru itu, Hussein berkata, polis menasihatkan kepada orang ramai tidak mudah terpedaya dengan iklan di media sosial yang menggunakan individu penting dan menjadi kepercayaan masyarakat sebagai imej sesebuah pengiklanan.


"Sikap menyemak kesahihah sesuatu iklan itu amat penting bagi mengekalkan dimanipulasi dan menjadi mangsa penipuan.

"Orang ramai diingatkan membuat pelaburan di platform sah dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan buat semakan di laman sesawang BNM bagi menentukan kewujudan sesuatu syarikat pelaburan itu.

"Jika mencurigakan, segera menghubungi mana-mana balai polis untuk pertanyaan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Erotika 4-9-2023 09:48 PM
Quote plywood 4-9-2023 09:51 PM
pergh!! desperatenya scammer...  

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.091863 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top