CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ingatkan Atiq Azman Naik Pelamin Rupa-Rupanya Bapa Yang Kahwin

4-9-2023 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2905| Komen: 4

Bapa Atiq Azman iaitu Raja Azman Shah Raja Tak @ Tajuddin, 50-an selamat bergelar suami dengan wanita pilihannya selepas enam tahun menduda.

Sebagai anak Atiq tumpang gembira apabila bapanya memaklumkan mahu kembali mendirikan rumah tangga.


Foto: IG

Raja Azman selamat dinikahkan dengan wanita pilihannya iaitu Zuraini Jaafar, 40-an dalam sebuah majlis pernikahan serba sederhana pada pagi Ahad yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Atiq bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi pernikahan pasangan itu.



"Alhamdulillah, semua okay dan berjalan lancar. Mereka sudah lama berkenalan cuma baru hari ini selesai majlis pernikahan.

"Insya-Allah November ini baru diadakan majlis kenduri bagi meraikan mereka memandangkan ibu tiri saya belum pernah berkahwin sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.



Berkongsi mengenai kehadiran ibu tiri, Atiq mengakui sebelum ini dia sukar menerima perkhabaran ibu bapanya mahu berkahwin lain selepas mereka bercerai

Namun sejajar pertambahan usia, dia mula berlapang dada apabila mengenangkan ibu bapanya juga berhak mencari kebahagiaan sendiri.



"Saya sebenarnya memang jarang jumpa ibu tiri tapi memang mengetahui tentang hubungan mereka. Saya terima dengan hati terbuka kehadirannya dalam keluarga kami.

"Mungkin ada anak-anak yang tak boleh terima jika ibu bapa mereka berkahwin lain dan saya pun pernah seperti itu, sampai menangis!

"Tapi apabila difikirkan kembali mereka juga ada hak untuk berkahwin lain dan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing... Ibu kandung saya pun sudah berkahwin lain," kongsinya.


Malah kata Afiq, hubungan ibu bapa kandungnya juga semakin baik sejak mereka bercerai meskipun sebelum ini timbul pelbagai konflik di antara mereka sehingga membawa kepada penceraian.

Sementara itu, Afiq memberitahu dia sendiri belum bersedia mendirikan rumah tangga walaupun ada menyangka dia yang naik pelamin.

Kata pelakon drama Nur ini, dia masih belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami selain perlu mempersiapkan diri sebelum melangkah masuk ke alam perkahwinan.



"Belum lagi terfikir nak kahwin... Saya tengah kumpul dulu apa yang kurang, Nak jaga anak orang perlukan duit.

"Rezeki memang datang daripada Allah tapi dalam masa sama persediaan itu penting," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 4-9-2023 11:10 AM
makin tembam badan dia ni..
Quote I.K.A888990 4-9-2023 11:47 AM
fuyooooo pokcik tahniah ler
Quote OshinDaSolja 4-9-2023 01:26 PM
hmm...tahniah la kepada apaknye...semoga berbahagia till jannah
Quote syamzana 4-9-2023 01:49 PM
dia ni yg blakon cite Nur yg jadi adik syafiq blh mengaji bukan pelajar tahfiz ke?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050551 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top