CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Mabuk Dihukum Beri Nafkah Kepada Anak Mangsa

4-9-2023 09:07 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3330| Komen: 9

Texas: Pihak berkuasa negeri Texas menguatkuasakan undang-undang baharu, di mana pemandu mabuk yang menyebabkan kematian ibu bapa atau penjaga diwajibkan membayar nafkah anak mangsa sehingga mereka berusia 18 tahun.


Saluran berita NBC News melaporkan, Rang Undang-Undang (RUU) 393 Dewan Dwipartisan itu mula berkuatkuasa Jumaat lepas setelah ditandatangani oleh Gabenor Texas, Greg Abbott pada 2 Jun lalu. 



Gambar hiasan

“Kematian ibu bapa adalah tragis, namun kematian disebabkan pemandu mabuk adalah amat keji,” kata Abbott menerusi platform X baru-baru ini.

Mahkamah akan menentukan bayaran nafkah bulanan yang bergantung kepada beberapa faktor termasuk keperluan kewangan kanak-kanak dan ibu bapa atau penjaga yang masih hidup serta sumber kewangan defendan.


Bayaran juga perlu dibuat kepada ibu bapa atau penjaga yang masih hidup, atau Jabatan Perkhidmatan Keluarga dan Perlindungan, sekiranya kanak-kanak itu diletakkan di bawah jagaan mereka.

Sekiranya defendan tidak dapat membuat bayaran kerana dipenjarakan, mereka perlu membayar tidak lewat dari satu tahun selepas dibebaskan. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 4-9-2023 09:50 AM
Cmni baru betul undang2 madani, menjaga kebajikan rakyat.

Patut diwujudkan skim insurans untuk pemandu mabuk carum

Kalau langgar orang insurans kena bayar sepanjang hayat.
Quote shamsadis 4-9-2023 10:49 AM
sementara itu di tanah air



Pemandu mabuk dipenjara sehari, denda RM10,000

https://www.utusan.com.my/nasion ... hari-denda-rm10000/



Quote mamajawie 4-9-2023 11:11 AM
malaysia patut buat camni..
Quote Burong_Hantuk 4-9-2023 02:13 PM
plus hukuman penjara sekali
Quote swateng1 4-9-2023 03:03 PM
malaysia pun kena buat macam ni. ada insurans pun pakcik makcik kebas
Quote johan-adx 4-9-2023 03:05 PM
sepatutnya mcmtu sekurang2nya ringan beban waris mangsa
Quote blue_blur 4-9-2023 09:12 PM
apa buleh buat.... ada pada nama sahaja, nilai2 hanya apply untuk jaga periuk nasi.. kenapa perlu kerja lebih kalau tak datang manfaat kan pada income dan pencen..

belum lagi cakap pasal ada perisai segala warna dan sekian sekian.
Quote nono86 5-9-2023 04:39 AM
Sekurangnya sampai umur dia habis blajar u, dalam 23-25

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.148254 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top