Kuala Lumpur: "Kami tidak paksa guna perkhidmatan kami, satu gambar RM5 sahaja…'scam' apa harga begitu?," kata Datu Al Basir Datu Ismail, salah seorang jurugambar bergerak di hadapan Menara Berkembar Petronas, di sini.
Katanya, dia terkilan apabila dirinya dan rakan-rakan yang berasal dari Sabah dituduh sebagai pendatang asing, malah tular dakwaan menuduh mereka mengambil kesempatan menipu pelancong dengan mengenakan caj melampau untuk satu gambar. Datu Al Basir,36, berkata, dia yang sudah lebih tujuh tahun berhijrah ke ibu negara hanya ingin mencari rezeki halal untuk menyara isteri dan lima anak kecil yang kini berada di Tawau, Sabah. "Baru-baru ini tular seorang pelancong Indonesia mengatakan kami 'scam' pelancong. Itu semua fitnah, dia (pelancong) ambil gambar kami secara senyap-senyap dan buat video begitu.
"Kami tidak memaksa, setiap gambar yang pelanggan berkenan sahaja kami akan caj RM5 dan kalau mereka tidak berkenan kami tidak kenakan bayaran," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui, di sini, hari ini. Menurutnya, terdapat lebih kurang 40 jurugambar bergerak yang menjadikan lokasi itu sebagai lubuk mencari rezeki bermodalkan peralatan seperti lampu led, telefon pintar, dan penstabil telefon. "Kami dari pagi sampai ke petang di sini, duduk di bawah panas terik niat cuma hendak mencari rezeki yang halal. "Jadi saya berharap orang ramai berhenti menuduh kami sebagai 'scammer' yang hanya mengambil kesempatan atas orang ramai," katanya. Tinjauan Harian Metro selama beberapa jam di lokasi itu mendapati kumpulan berkenaan menyasarkan pelancong sebagai pelanggan dan rata-rata individu yang menggunakan perkhidmatan mereka dilihat berpuas hati dengan gambar diambil. Jurugambar bergerak berkenaan juga bijak mencari sudut terbaik berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas sambil mencadangkan gaya menarik semasa bergambar bagi menarik pelanggan. Bagaimanapun, menurut petugas keselamatan di lokasi berkenaan mereka banyak menerima aduan berkaitan ketidakpuasan hati berkaitan jumlah upah yang diminta kumpulan jurugambar berkenaan daripada pengunjung. Difahamkan, selepas isu terbabit ditularkan, pihak pengurusan tidak membenarkan mana-mana jurugambar bergerak untuk beroperasi di dalam premis termasuk kawasan air pancut yang menjadi tumpuan orang ramai. Sumber: Harian Metro |
laksmanabentan replied at 4-9-2023 09:46 AM
dia org tu kira berniaga la kannn....
boleh ler pulak berniaga depan KLCC tu...
hahhahahahhaa.... DB ...
jfq replied at 4-9-2023 10:55 PM
Masalahnya mereka conquer spot yg menarik.
Ada aku baca kat mana tah, sebab tak nak pakai servis me ...
jfq replied at 4-9-2023 10:55 PM
Masalahnya mereka conquer spot yg menarik.
Ada aku baca kat mana tah, sebab tak nak pakai servis me ...
ADVERTISEMENT