Nama pelakon Jenna Ortega menjadi bualan apabila didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Johnny Depp. Aktres yang 'meletup' dengan karakter Wednesday itu bagaimanapun tampil menafikan khabar angin tersebut.
"Ia sangat tak masuk akal, saya tak boleh nak ketawa dengan gurauan itu. "Saya tidak pernah bertemu atau bekerjasama dengan Johnny. Tolong berhenti sebarkan kisah tidak benar," katanya. Daily Mail melaporkan, desas-desus itu mulai timbul apabila ada netizen terlihat kelibat pasangan itu di sebuah kawasan peranginan pada Julai lalu.
Namun ada pula pihak mendakwa Jenna dan Johnny tidak bercinta sebaliknya bakal bekerjasama dalam filem berjudul Beetlejuice 2. Sumber: mstar |
ADVERTISEMENT