CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Gigit Kabel, Curi Iphone Pameran Kedai

3-9-2023 10:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2331| Komen: 4

Beijing: Seorang wanita ditangkap kerana mengigit kabel antikecurian bagi melarikan sebuah telefon pintar berharga 7,000 yuan (RM4,480) di sebuah kedai telefon di China. 

Akhbar South China Morning Post melaporkan, wanita bernama Qiu, dari wilayah Fujian itu ditahan polis 30 minit selepas meninggalkan premis tersebut.


Suspek menggigit kabel keselamatan beberapa kali dan memasukkan telefon tersebut di dalam begnya. - SCMP/ Douyin

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan Qiu berhenti di hadapan meja pameran telefon pintar sebelum memegang sebuah peranti iPhone 14 Plus.

Selepas memeriksa peranti itu, dia menggigit kabel keselamatan beberapa kali dan memasukkan telefon tersebut di dalam begnya sebelum melarikan diri.

Pengurus kedai, Wang, berkata, sebuah penggera berbunyi semasa kecurian berlaku namun, kakitangan tidak menyedari kehilangan telefon itu sehingga mereka menemui kabel yang putus akibat digigit, selain sebuah telefon pintar disahkan hilang.


Polis kemudian berjaya mengesan lokasi Qiu dan menahan wanita itu untuk siasatan lanjut. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-9-2023 10:07 PM
Tikus gergasi.

Quote BoongaKertas 4-9-2023 11:17 AM
gigi akak diperbuat daripada besi apa ni? wow
Quote Burong_Hantuk 4-9-2023 02:00 PM

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.066448 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top