CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Lemas, Bantu 2 Rakan Terperangkap Air Pasang

3-9-2023 09:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2478| Komen: 5

Alor Gajah: Niat seorang lelaki warga emas menyelamatkan dua rakannya dibawa arus pasang bertukar tragedi apabila dia lemas di Pantai Cermin, Kuala Sungai Baru, di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Haudi Sujai, 63, dari Taman Setia Balakong di Seri Kembangan, Selangor datang pantai itu untuk memancing bersama tujuh rakannya sejak pagi semalam.



Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati pada jam 4 pagi tadi, dua rakan mangsa berjalan kaki ke arah pantai Pulau Masjid, di sini untuk memancing, sebelum terperangkap dan hampir lemas apabila air laut mulai pasang kira-kira jam 11 pagi.

"Mangsa cuba membantu, namun malang dihanyutkan air deras, manakala dua rakannya berjaya diselamatkan orang kampung," katanya melalui kenyataan.

Arshad berkata, operasi mencari dan menyelamat dilakukan pihak bomba dengan bantuan orang kampung sebaik menerima laporan kejadian itu.


"Sekitar jam 3 petang mangsa ditemui terapung tidak jauh dari lokasi sebelum dibawa ke pantai dan disahkan meninggal dunia.

"Mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 4-9-2023 11:20 AM
Mesti lengah² bila tgk air pasang.
Quote B40tastePosh 4-9-2023 01:52 PM
Nak selamatkan kawan, dia pulak yang lemas...aku kalau tempat cam laut sungai ni memang bawa pelampung itik all the time.
Quote Burong_Hantuk 4-9-2023 02:03 PM
Al fatihah....
Quote sangbara2020 4-9-2023 03:29 PM
sedihnya..alfatihah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.158765 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top